Ada peristiwa lawak semalam. HAHAHA. Kawan abang datang
ke rumah dan pada ketika itu aku tidak menutup aurat. Masuk sahaja kawan abang
itu di muka pintu dan dalam masa yang sama aku terkejut dan lantas terjun ke
bawah meja menghempas diri supaya aku tidak sempat dilihat. Anak-anak buahku
terkejut dengan reaksi spontanku itu! Kami sama-sama ketawa usai sahaja kawan
abang masuk ke dalam bilik. Fuhhh. Selamat.
Alhamdulillah, aku sudah menempah bilik hotel untuk kawan
baikku, Fawiz dan adiknya serta kawannya. Minggu hadapan mereka akan datang. Yeaayyy.
Meminjamkan keretaku untuk mereka buat beberapa hari. Fawiz banyak menolong aku
dulu. Aku akan sentiasa ingat itu dan berharap akan ke Kelantan pada majlis
perkahwinannya kelak. Sambil berenang sambil menyelam, lagipun aku jarang
berjalan sekitar Kuching walaupun hidup di sini. Meskipun minggu hadapan aku
sibuk untuk menyemak PT3 dan hal-hal lain yang berkaitan aku akan cuba untuk
menjadi pemandu pelancong buat mereka. Aku harap aku sempat membuat ujian Vle
Frog bersama semua guru dan dalam masa yang sama menjadi Mc untuk majlis
graduasi bersama Hafiz. Waaaaa! Bosan tugas yang sama! Gaji bulan ini, aku mahu
gunakan untuk membeli gaun atau dress sempena majlis apreasiasi yang bakal
menjelang setelah majlis graduasi. Mahu nampak lain dan vouge daripada hari-hari
biasa. Selalunya aku tak ambil kisah pun tentang pakaian. Namun, ini permintaan
anak-anak. Hehe.Haaa... tak sabar juga rasanya mahu ke Kampung Sibo Laut kalau tak silap untuk program anak angkat bersama anak-anak tingkatan 2 selama dua malam. Kertas kerja pelu disiapkan!!! Oh Oktober! banyaknya kerja!!! stresss.
Kadang-kadang aku merasa risau dengan kesihatan emak
sejak kebelakangan ini. Mak jarang sekali sakit. Namun, sejak bapak tiada, mak
semacam selalu sakit-sakit dan emak jarang sekali berdengkur kuat macam waktu
bapak masih ada dulu. Mungkin kudrat mak sewaktu menjaga bapak dulu terlalu
lelah dan sekarang dia lebih banyak berehat. Semoga emak diberi kesihatan yang baik. Semoga Allah selalu jaga emak saat aku sudah tiada. Jika ajal aku lebih awal, aku harap aku disemadi di sebelah pusara bapak.
Banyak sungguh kerja fail memfail ni. Malasnya! Ya Allah,
berdebarnya rasa mengenangkan hari esok. Mudah-mudahan anak-anakku tidak
melakukan kesalahan yang sama semasa menjawab soalan. Semoga mereka mudah
menghadam pengajaranku. Moga kejayaan dunia akhirat milik mereka. Aamin. Ya
Allah, berikanlah mereka hidayah, kerajinan, kesungguhan dan keberkatan hidup
meski ada yang selalu menyakitkan hatiku ya Allah. Ikhlaskan aku untuk
memaafkan. Ada juga pelajar lelaki yang rajin sangat menghantar 'sms' kepadaku sehingga aku merasa aku terganggu dek sms bertubi-tubi. Nasiblah no.telefon cikgu-cikgu terdapat dalam diari sekolah. Dalam kelas pula ketika aku mengajar, aku ditenung dan dilihat seperti, entah... jadi malu, seram, hairan dan tak selesa aku dibuatnya. Ada juga yang tidak malu-malu rapat dan berkata-kata i love you cikgu. Budak lelaki yang dah besar mungkin begitu ragamnya, sebab itu aku tidak mahu mengajar anak-anak yang sudah besar.Payah nak dikawal kemenjadiannya.
Bercerita tentang sakit hati, aku lebih rela menjauh dan
tidak mahu ambil tahu dan mengelak untuk tahu atau tertahu hal yang selalu
menyakitkan hati supaya aku boleh ucapkan selamat tinggal ‘sakit hati’. Byebye.
Hehehe. Dulu ada juga aku berkira-kira untuk curang dengan meminta abang-abang
mencadangkan kawan mereka yang single tapi dengan syarat selalu pergi ke
masjid. Curang di benak. Arghhh. Itu bukan hal yang mudah. Mencari imam itu
payah. Ada juga anak muda kampungku ini meminta untuk dijadikan kawan dalam Fb, siap main Poke2 lagi dalam fb. Peduli. Lebih utama memikir maruah. Maka, aku tetapkan hati dan semoga Allah
memberi keyakinan bahawa inilah jalan takdir yang harus aku terima dan hadap. Mudahkanlah
urusan kami ya Allah untuk menuju cinta halal-Mu meski aku tahu kami banyak
berbuat salah kepada-Mu jua kepada ibu bapa keluarga kami, diri sendiri. Berperang
dengan stres kerja sudah cukup! Bawa tahajud, dhuha dan mengaji insya-Allah,
sibukkan diri dengan Allah lebih indah... tiada sakit hati, tiada kesedihan,
tiada amarah yang ada cuma kebahagiaan dan ketenangan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
common!