Seminggu
bersama di rumah. Apa yang aku dapat perhatikan, dia jarang sekali berenggang
dengan telefonnya. Begitukah aku nanti selepas berkahwin dan tidak melampau aku
katakan telefon itu lebih layak berkahwin dengannya jika dibandingkan dengan aku.
HAHAHA. Memang benar. Penyakit telefon ini bukan sahaja menggila dalam kalangan
remaja malah dewasa dan tua. Bayangkan jika ibu bapa gila berdampingan dengan
telefon dan mereka mempunyai anak. Tapi itulah realiti hidup masyarakat zaman
ini. Jika tidak memegang telefon, itu hal yang pelik, aneh dan ganjil atau
tidak moden! Hehehe. Agak terkilan juga kerana kalah jika digandingkan dengan
telefon. Bunuh diri! Hihihi. Bayangkan jika aku pun berbuat sedemikian, pasti aku
tidak akan menyeterikan baju, memasak, mengemas, membersih dan membuat segala
kerja rumah dengan baik. Kalau aku datang amarah, aku pasti akan berkunci dalam
bilik dan berinternet sepanjang masa, biar dia rasa seperti rasaku juga.
Kahwin?
Entahlah… rasa bertukar-tukar. Tidak pasti dan belum ada keyakinan yang benar.
Aku cuma bersebab untuk kahwin awal kerana tidak mahu berbuat dosa
berpanjang-panjangan atau terus-menerus. Aku takut. Sebab aku tahu mati itu
tiba-tiba dan bila- bila. Alangkah indahnya jika aku dapat berkahwin dengan
orang yang benar-benar aku faham dan memahami aku dan menghormati apa yang aku
suka dan tidak suka… tapi itu mustahil.. kerana aku pun banyak cacat celanya. Alangkah
indah juga menjadi gadis yang cantik, ayu, jelita.. pasti menjadi tumpuan mata
dan hati dia… aku ini apalah adanya… tiada apa-apa……………
Sobbbb…
sobbbbbb….
Moga
aku bisa Cantik dan mulia di sisi Allah saat aku menutup mata… aaaaaminnnn….
Ramadhan
bakal tiba. Mudah-mudahan sepanjang bulan ini, aku dan keluarga mampu menikmati
Ramadhan dengan kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan dan menambah ibadah
dengan sebanyak mungkin. Moga dosa-dosa lalu mampu dilenyapkan meskipun sedikit
demi sedikit. Aaminnn…
No comments:
Post a Comment
common!