Sungguh aneh rasaku malam ini. Alhamdulillah, sempat juga membaca yassin
sebanyak tiga kali meminta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan
iman sampai mati sempena malam nisfu sya’ban. Hmmm.. bercerita tentang rasa
yang tidak nyaman, aku menghantar mesej kepada mak cik Harfah, iaitu emak
kepada tunangku untuk bertanya khabar
dan mengucapkan salam nisfu. Sebenarnya aku rasa takut dan bersalah untuk
bermesej dengan mak cik dek keberjayaan tunangku berpindah mengajar di Kuching.
Bukankah sepatutnya aku merasa gembira akan perpindahan itu? Namun, jauh di
sudut hati aku rasa berbelah bahagi dan rasa bersalah serta merasa diri aku
perampas. Kenapa? Aku kasihankan mak cik Harfah kerana aku tahu dia sangat
perlu perhatian anak-anak lagi-lagi perhatian daripada tunangku. Mungkin salah
aku kerana meminta tunangku untuk cuba memohon perpindahan ke Sarawak dek
kepentingan sendiri. Mak cik, maafkan kmk. Sik da niat langsung nak memisahkan
perhatian anak dengan mak. :”( Jika aku
diberi umur yang panjang dan berjodoh dengan anakmu, insya-Allah, aku akan
menyayangi dan menjagamu seperti mana aku menyayangi emak dan bapakku sendiri.
Ya Allah, mungkin ada hikmahnya Kau putuskan segala ini berlaku sebegini.
Berikanlah hamba-hamba-Mu ini kekuatan untuk menghadapi ujian hidup. Berilah
nikmat yang menjadikan kami hamba-Mu yang bersyukur dan semakin cinta kepada-Mu
ya Robb.
#aku yang rasa bersalah. Sekian.
No comments:
Post a Comment
common!