Kendatipun kering-kontang pulusku dek sambutan
hari lahir babyoz bulan ini, petang tadi aku baru sahaja menerima surat
daripada Pejabat PTPTN Negeri Sarawak yang aku nanti-nantikan dari tahun lepas.
Surat itu menyatakan kelulusan penukaran pembiayaan PTPTN kepada biasiswa.
Alhamdulillah. Maka, jangan hanya sungguh belajar, namun, usaha itu tidak akan
berhasil tanpa mendampingi-Nya, yakin terhadap-Nya dan tawakal. Insha-Allah.
#Yang namanya #Hidup sememangnya begini.
Waktu duka, ada khabar suka.
Tika suka, diselitkan-Nya duka.
#hidup bukan semata-mata hidup.
#hidup ialah UJIAN untuk yang bergelar hamba.
#Teruskanperjuangan!
#Yang namanya #Hidup sememangnya begini.
Waktu duka, ada khabar suka.
Tika suka, diselitkan-Nya duka.
#hidup bukan semata-mata hidup.
#hidup ialah UJIAN untuk yang bergelar hamba.
#Teruskanperjuangan!
Jauh
Kekadang,
jauh ini menumbuh duri duga
Kekadang,
jauh ini menjelma sangka leluasa
Jauh...
mendera minda jiwa membisik tanya
Jauh jua
melayang rasuk rindu tak terkata
Jauh...
buatku menepis uji-uji setia
Meski
jauh...
Harapanku,
cinta dan setia in sha-Allah ku jaga
Kupelihara
sampai waktunya.
Menunggu Pasti
Kau datang
dan kau pergi
Untuk kesekian
kali
Ahhh aku
benci akan rasa ini
Seksa ku
tanggung
Menjadi si
penunggu hati
Hati yang
belum pasti kumiliki
Hanya menunggu
seruan Ilahi
Kaulah
Mungkin kau
fikir
Aku mementing
diri
Aku tidak
peduli
Cemburu sana
sini
Egoku tinggi
Aku tak
sedar diri
Yaa
Namun...
Kau juga
perlu tahu
Dalamku mementing
diri
Saatku
tidak peduli
Dalamku
cemburu membuta tuli
Dalam egoku
yang tinggi
Saat ku
tidak sedar diri
Kau tetap
menakhluki hati ini
Kaulah yang
aku kenang
Dalam duka
tawa
Kaulah sumber
laguku cipta
Kau sentiasa
mekar mewarna pahit manis rasa
Hadirnya kau
tetap menggetar saraf-saraf jiwa
Kaula siang
malam selalu dalam doa
Doa tulus
dari si pencinta
Cinta datang
dari si Pencipta
Moga cinta
hingga ke surga
Apa sebenarnya?
Sekejap
benci
Sekejap
cinta
Yang mana
sebenar rasa
Sekejap
suka
Sejekap
duka
Bilakan
sembuh luka
Luka luka
luka
Kecewa
sakit rasa
Duka lara
derita sengsara
Namun tetap
cinta
Sampaikah
ke syurga?
Sometimes..a person will make good and clear decision only when he or
she loses the one that he or she loves so much. Sadly..It could be too late.
M.J.
No comments:
Post a Comment
common!