Semalam
kata Encik Tunang, dia berjaya berpindah dan mengajar di Sarawak. Alhamdulillah, termakbul doaku sebelum berbuka puasa sunat, berdoa tatkala sujud, berdoa dan terus berdoa. Makanya, aku
perlu melunaskan nazarku habis sahaja abcku nanti. Puasa 1 hari. Ya Tuhan,
terima kasih atas dua berita gembira meski aku tengah miskin saat ini. Hehehe. Miskin
dunia tidak mengapa. Aku ada KAU yang maha kuasa. Terima kasih Allah. Semoga segala perancangan akan berjalan lebih lancar selepas ini. Moga perpindahannya ke sini dipermudah. Moga ini yang tebaik untuknya. Aku harap makcik Harfah pun akan turut berpindah ke Sarawak mengiringinya. Bahagia seorang emak, ada pada anak.
Aku tidaklah begitu berharap dengan perpindahannya ke Sarawak. Harapnya ada, cuma sederhana. Jika jauh, aku tahu Tuhan mahu menjaga jarak cinta antara kami berdua. Jika dekat, ujian lain juga akan ada. Hidup ialah tentang ujian dan mengahadapi segala dengan akal dan iman. Moga Segala ini Allah tentukan untuk kebaikan bersama. Aku tahu, permohonan pindahnya bukan kerna aku. Aku merasakan dia lagi betah di Sri Aman jika dibandingkan tinggal di Kuching. Aku juga tahu, tanpa aku dia bisa hidup lebih bebas dan bahagia. Aku tahu, jika dia diberi pilihan untuk memilih hidup bersama kawan atau aku, pasti kawanlah pilihannya bahkan jika aku menjadi isterinya berlum tentu aku menjadi keutamannya, fikirku. Kekuatan hidupnya, ada bersama kawan, bukan aku. Ada bezanya hubungan aku dan dia dahulu dan sekarang. Hanya kami yang merasanya. Aku hanya mampu berdoa dan berserah. Kata-kata cinta itu hanya kata-kata mengikut musim barangkali... Entah... Hanya Tuhan tahu segalanya.

Pilihlah
untuk mencintai berbanding hanya untuk
dicintai kerana pada yang mencintai itu ada kesetiaan.
Namun,
jika hanya kita yang galak mencintai.. itu juga bahkan menyakitkannn… Maka, jangan terlalu mencinta... Bebas sahaja memberi dan menerima rasa daripada sesiapa... Aku memilih untuk mencinta dalam diam yakni dalam doa dan tidak ada paksaan untuk mencintaiku. Tiada lagi cinta... silakan pergi saja...
No comments:
Post a Comment
common!