Ohhh…
Isnin… hari yang tidak seronok. Hehehe. Pagi ini aku menerima hadiah hari lahir
daripada seorang anak murid. Wah… terima kasih syggg. Pelajar bidayuh yang
sangat baik lakunya. Dia pernah meminta untuk dibelikan selendang dek minatnya
untuk bertudung dan memeluk Islam. Kelak aku akan memberinya dua helai
selendang. Pagi tadi semasa memandu, aku sempat mengirim sms kepada encik
tunang dan dia membalasnya juga. Hehehehe. Senyum ceria pagi ini. Aku akan
mengirim kain batik mak, baju kerja, baju bola, baju akad nikah dan kain buatan
Sarawak untuk meletak surat. Tengah hari ini, mesti aku bertugas mengajar
cikgu-cikgu membina site dalam laman frog. Arghhhh… ngantuknya.
Petang ini juga aku akan bersama kumpulan nasyid
bagi memantapkan persembahan lagu pertama. Lagu kedua juga telah siap ku cipta
pada malam tadi. In sha Allah, esok aku akan fokuskan mereka dengan lagu kedua
pula. Moga mereka cepat menghafal dan dapat menyanyikan dan merasakannya untuk
diri dan orang lain dengan baik. Apa yang penting kataku kepada mereka ialah,
betulkan nawaitu dan buat dengan semampu mungkin. Tidak sabar rasanya aku
menghabiskan perjuangan ini di sekolah lamaku.
Emak pun terasa hati dek kesibukanku di sekolah.
Asyik berdamping dengan sekolah katanya. Kasihan mak. Hehehe. Yang syoknya
minggu ini aku dan keluarga akan menginap di hotel di Santubong sempena
ulangtahun polis yang dianjurkan oleh pasukan polis abang Azam. Minggu hadapan
lagi kami berkelah di Gunung Gading. Chalet telah ditempah oleh abang Mzah. Heeee..
kesibukan bekerja menyebabkan kita memerlukan rehat dan keseronokan bagi
menyeimbangkan rasa seharian. Hehehe.
Semenjak pulang dari JB ni, aku selalu
terkenangkan mak cik Harfah dan encik tunang. Aduhaiiii… maka, untuk
mengelakkan aku daripada selalu mengenang orang jauh, aku perlu banyak bekerja
dan melakukan hal-hal sunat agar aku mabuk bercinta dengan-Nya dalam aku
mencinta yang lainnya. Kannn.. iya kannn… begitukan… hahahaha :D Semoga mereka
selalu dalam jaga-Mu ya Allah.
No comments:
Post a Comment
common!