21 Mac 2014 ( Jumaat )
Aku terbang ke JB dengan perasaan takut, berdebar, malu
dan semua rasa ada kubawa bersama. Hehehe. Aku dihantar oleh adikku dan anak
buahku, Uzma. Kami sempat makan KFC sebelum aku terbang. Kami juga sempat untuk
solat Maghrib di apot. Alhamdulillah, perjalanan lancar sahaja. Dalam kapal
terbang, aku duduk bersama jejaka-jejaka berbadan sasa. Sewaktu keluar daripada
kapal terbang, akulah gadis yang terselit bersama jejaka-jejaka sasa. Malam itu
aku disambut dan ketibaanku ditunggu oleh insan tersayang iaitu encik tunang
dan emaknya. Aku rasa sangat penat dek pada siangnya aku masih bekerja dan pada
malamnya pula aku terus terbang. Keesokan pagi pula aku dan encik tunang akan
menghadiri kursus pra perkahwinan. Memang penat, tapi masa ini aku gunakan
sebaik mungkin untuk mengisinya penuh makna. Encik tunang ku lihat malam itu
masih sama cuma sedikit lain dari segi berpakaian. Al maklumlah dah bekerja dan
boleh membeli baju sendiri. Hehehe. Mak dia pula pun cantik macam biasa. Aku
dan mak, eh salah.. hahaha, makcik menunggu dia mengambil kereta. Maka, aku pun
dibawa pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, aku bersalam dengan kakak yang
bertuala di kepala. Rumahnya sederhana besar, kemas. Bilik mandi juga bersih
dan selesa. Aku dilayan sangat baik oleh kakak, emak dan dia. Alhamdulillah,
moga Tuhan panjangkan dan tetapkan jodoh aku dan dia. Aamin.. malam itu juga,
aku terus dibawa oleh encik tunang untuk mengisi minyak dan membeli pesanan Mcd
untuk emaknya. Hehehe. Meskipun penat, aku menurut ajakan dia dan seronoknya
menaiki alza yang dipandu olehnya. Kehkehkeh. Aku cuma merasa RASA dan detik
ini apabila bersama dia. MiaUuuu.
Auuummm. Aku dijamu dengan masakan emaknya iaitu ayam masak kicap dan ikan pari
masak asam pedas. Sedap! Aku sempat melihat dia mencetak kad pengenalan dan
pada waktu itu dia melihat siaran Indonesian Idol. Oleh sebab terlalu penat, aku
pamit awal untuk tidur di bilik kakaknya dengan nyenyaknya. Wiwiwiiw.
22 Mac 2014 ( Sabtu )
Aku dan dia bangun awal pagi dan aku sempat mengisi
borang pendaftaran kursus. Aku mengenakan baju bewarna biru manakala dia
memakai baju Melayu hijau. Kami bergerak dalam pukul 645 pagi. Mak dia
pagi-pagi sudah sibuk menyediakan makan pagi. hehehe. So sweet. Aku makan cucur
yang digoreng oleh emaknya. Tabiat dia sama dengan aku. Suka membeli botol air
twister untuk dibawa ke rumah. Hehehe. Kami pun pergi ke tempat kursus lebih
awal daripada masa bermulanya kursus. Aku dan dia membayar sebanyak RM 220
untuk pendaftaran kursus. Hotel TS nama tempat kursus tersebut. Kami menghadiri
kursus dari awal pagi hingga lewat petang. Penatnya tak terkata. Kalau
penceramah best, taklah mengantuk. Aku dan dia juga menjawab soalan ujian yang
disediakan. Dia menjawab semua soalan dengan betul, manakala aku salah menjawab
satu soalan. Haaa. Baguslah, seorang pemimpin dan imam harus lebih bijak
daripada makmum. Hehehe. Sayang SAYANG. Haha. Penatnya lepas habis hari
pertama. Aku dibawa olehnya ke rumah yang dibeli oleh kakak dan seterusnya ke
pasar malam berdekatan dengan rumahnya. Kami berjalan kaki membeli pesembo dan
rojak. Tiba di rumah, kami pun membelasah makanan itu bersama-sama. Hahahaha.
Sedapnya! Lagi-lagi makan dengan orang yang tercinta. Malam ini kami berehat
dan tidur awal untuk mengahadapi hari esok pula.
23 Mac 2014 ( Ahad )
Hari kedua berkursus. Aku makan mee sedap dan telur yang
disediakan oleh emak. Rasa mahu habiskan saja, tapi malu! Hahaha.Mendatar
sahaja rasanya hari ini. Sewaktu berkursus dan mendengar ceramah, aku suka
mencuri pandang dan menatap wajah jejaka pujaan aku dan melihat reaksinya
mendengar ceramah. Begitu juga waktu dia memandu. Hahahaha. Aku gelak dalam
hati sekuat-kuatnya. Dia lucu orangnya. Melihat dia membuat aku terjatuh dan
terus terjatuh cinta. Opocottt! Hahaha. Dialah jejaka paling kacak, tampan,
manis, cun depan mataku. Biarpun ada waktunya, ketika, saatnya, masanya, ada
hal-hal yang aku tidak dapat terima tentang dirinya, aku masih mahukannya
meskipun kata-kataku selalu menidakkannya. Aku selalu mahu pergi jauh daripada
menerima dan menghadapi laku-lakunya yang bertentangan dengan rasaku, namun
dialah juga satu-satunya yang membuat jantungku berdegup kencang meskipun aku
tersakiti olehnya. Kata orang, bila mana seseorang yang disakiti hatinya masih
mahu bersama orang yang menyakitinya itu, dialah cinta sejati. Heheheh. Mun
mentimun. Hidup tiada yang namanya indah senantiasa. Teruskan perjuangan! Aku
banyak memerhati gelagat dia di rumah memandangkan aku sudah berada dan
menginap di rumahnya. Sempat juga aku bertanya pada diri, diakah orang yang
tinggal bersama aku kelak? Diakah yang bersama ketika susah senangku kelak...
persoalan demi persoalan hinggap di benakku selama aku hidup sebumbung dengan
dia dan keluarganya. Inilah jalan yang aku pilih dan aku harus bertahan semampu
yang mungkin. Kita tidak akan dapat mengubah tingkah laku orang yang kita tidak
suka melainkan orang itu sendiri mahu berubah untuk hidup dengan lebih baik.
Gaya hidup berbeza
memerlukan kita bijak menyesuaikan diri dan belajar. In sha Allah, aku boleh!
Aku mula sayangkan maknya, kakaknya dan lagi-lagi dia. Ya Allah, utuhkanlah
rasa ini sampai Kau mengambil nyawaku kelak ya Robb. Ya Robb, jika dialah
jawapan kepada istikharahku, kau jagalah dia untukku, jadikanlah dia seorang
jejaka yang soleh, penyayang, penyabar dan bertanggungjawab serta membawa aku
ke surga-Mu kelak Ya Allah. Aamin.. Jadikanlah dia seorang imam, suami dan bapa
yang baik.
Pada waktu malam usai
berkursus pada siangnya, aku dan dia berjalan-jalan di bazar karat. Lucunya
melihat orang tua berjoget. Dia sempat membelikan bapak 6 buah cakera padat
nyanyian Ahmad Jais, Rafeah Buang dan Sanisah Huri. Konfomla bapak suk atiii.
Hahaha. Terima kasih sayang. Aku dan dia juga membeli cap untuk abang dan aku
belikan satu cap bewarna biru untuknya. Smart bebeh. Kami berjalan-jalan sambil
menikmati indahnya malam diiringi angin lembut sepo-sepoi. Cehhhh! Selesai.
Dalam kereta, aku minta dia ulang-ulang lagu hatiku telah dijleb jlebin kamu!
Maksudnya, hatiku telah dicuri kamu. Sesuai dengan rasaku padanya. Lagu tema ;)
24 Mac 2014 ( Isnin )
Pagi ini, aku dan dia lewat sedikit bangun. Aku membancuh
air teh dan dia menggoreng cucur pisang. Sedap! Ada ciri-ciri suami soleh. Kami
dan emaknya bersarapan bersama-sama. Kami awal pagi keluar membeli tiket untuk
pergi ke KL. Wah... kami bergerak ke KL pada pukul 130 petang dan menaiki teksi
untuk ke stesen bas di Larkin. Yang lucunya, teksi yang kami naiki sangat uzur
dengan keadaannya yang panas dek tiada pendingin hawa. Kami berpeluh-peluh
dalam jangka masa yang agak lama. Hahaha. Kesiannya kami. Alhamdulillah,
perjalanan ke KL lancar dan kami menginap di Palace Hotel tempat di mana aku
dan keluarga pernah menginap dahulu. Pada waktu malam, kami menjamu selera di
luar (ikan masak tiga rasa, telur dadar, nasi putih, nasi goreng daging) dan
sempat membeli beberapa helai baju bersama makcik, kakak dan dia. Seronoknya!
Aku tidaklah berasa kekok sangat bersama emak dan kakaknya. Kiranya boleh
bersama. Tiba di hotel, dia pula mahu membeli ubat selsema dan aku bersamanya
singgah di Maidin untuk membeli ubat dan roti yang dipesan emak. Aku sempat
membeli celak. Hehehe. Malam yang dinginnnn dek kuasa pendingin hawa yang
melampau. Dia pula... aduiii... rasa tidak tidur pula aku malam ini.
25 Mac 2014 ( Selasa )
Kami bangun awal pagi. aku dan dia sarapan sama-sama
dengan vaucar hotel. Rasa ‘honeymoon’ pula. Nasib baik tak bersuap-suap.
Hahaha. Mak dan kakak terpaksa sarapan di luar. Kami menghabiskan masa untuk
membeli-belah dan tiba masa untuk ‘check
out’, kad hotel didapati hilang tercicir. Aku dan dia berkeputusan mencari kad
tersebut. Penat mencari di setiap tempat yang pernah kami lewati, di titik
terakhir sebelum menuju hotel, dia melihat dan menjumpai kad tersebut di atas
pagar besi parit di atas jalan. Nasib baiklah kad tersebut tidak jatuh dalam
parit. Nasib kami baik. Alhamdulillah. Ada hikmahnya. Sebelum menuju ke LRT,
emak, kakak dan aku sempat singgah ke Maidin. Selesai urusan di situ, aku dan
dia pula pergi ke Maybank untuk mengambil duit dan ternyata orang sangat ramai
beratur. Jadi, kami batalkan sahaja niat untuk mengambil duit di situ dan
sebelum menemui emak dan kakak, aku sempat menyambar satu shawl berwarna oren
dan sebelum ini sayangku telah membelikan beberapa jenis shawl yang
cantik-cantik. Terima kasih. Kami pun berjalan melalui jalan tar dan aku masih
lagi sempat membeli skirt dan kami juga berkesempatan mewaqafkan 3 naskah
alquran. Alhamdulillah. Kami menaiki LRT untuk ke TBS dan menaiki bas ke JB
pada pukul 4 petang. Alhamdulillah. Perjalanan yang indah untuk dikenang.
Walaupun penatttt, malam
ini juga kami sempat merayau membeli ayam ‘Uncle Bob’ dan melawat Zura, iaitu
saudaranya bersama anaknya yang gedebabbb dan comel. Kami sempat membeli
‘chicken chop’. Lalalalaala. Malam yang syahdu dan aku menangis dalam kereta
tanpa dia sedari kerana menyedari inilah malam terakhir aku melihat dirinya.
Ambil kesempatan dalam gelap. Hehehe.
26 Mac 2014 ( Rabu )
Pagi ini, aku bersama dirinya pergi ke sekolah untuk
mengambil keputusan SPM adiknya. Sebelum itu, aku sempat membuat air teh dan
memanaskan chicken chop untuk sarapan. Hahaha. Sewaktu di pejabat sekolah,
kerani sekolahya bertanyakan aku yang berdiri di belakangnya sewaktu dia
berurusan. Adik ke? Hahaha. Cehhhh... bangga juga apabila diperkenalkan sebagai
tunang dia. Ehem! Berbunga-bunga hati ini. Dia juga memperkenalkan dan
menunjukkan hasil kerjanya di sekolah. Bangga aku melihat kerjanya. Sukses!
Usai segala, aku dan dia kembali ke rumah untuk mengambil mak. Kami pergi ke
kilang apollo, pos ofis, rumah tukang jahit, maidin dan jusco. Aku sempat
menyukat badan untuk membuat baju akad nikah. Kami sempat makan di jusco. Baju
yang aku dan emaknya pilih, memang cantik. Aku puas hati membelinya. Masa untuk
aku pulang. Macam-macam barang yang aku bawa. Emaknya sangat baik. Aku
diberikannya sejadah dan yaasin versi pengantin. Hehehe. Sayang makcik.
Emak, kakak dan dia yang
memandu menghantar aku ke lapangan terbang.. masa untuk pergi dan hati ini
sangat berat untuk pulang. Aku pulang membawa kenangan yang indah dan aku
semestinya pulang bersama hatinya...
Ya Allah, peliharalah mereka sekeluarga. Jagalah mereka.
Berikanlah mereka nikmat sihat, kuat, sabar dan bahagia. Aaminnnn...
Mungkin banyak lagi peristiwa yang berlaku dan dilalui
tidak kutulis. Tidak mengapa, bila sudah ingat, bolehla aku edit. HAHAHA. JB, i
love you. Thanks Allah. Sayang dia, sayang emak, sayang kakak J
Kerna hatiku telah dijleb jlebin kamu... lalalalala :D
No comments:
Post a Comment
common!