Monday, March 10, 2014

Letih, Penat, Kepak, Lenguh

Malam semalam aku dan kak Awin datang di kuarters dalam pukul 2 pagi. Aku bergerak dari rumah dalam pukul 12 lebih tengah malam. Kak Awin dijangka tiba di lapangan terbang Kuching pada pukul 1 pagi. Aku sempat tidur-tidur ayam sejam sebelum keluar dari rumah. Mak dan bapak pada waktu itu susah nyenyak tidur. Aku tidaklah begitu takut untuk keluar tengah malam sunyi, tapi merasa sangat penat dna mengantuk. Jika aku ditakdirkan mati di jalan, aku redha namun aku mengimpikan mati dalam iman. Mengenangkan orang yang meminta tolong, aku dengan senang hati menolong.Ya Allah, mengantuknya aku pagi Selasa ini. Pada malam Ahad, aku, cikgu-cikgu pengiring dan anak-anak tidur di lapangan terbang semalaman dan dalam kesejukan. Aku merayau-rayau dan akhirnya tewas di kerusi urut yang bising dengan suara robot kerusi urut tersebut. Pada pukul 5 aku dikejutkan oleh anak pelajar untuk menguruskan sesi memasukkan bagasi. Serasa mimpi dan mamai. Aku tidak teringat untuk menghantar mesej sebelum terbang dek penat dan rasa lenguh-lenguh badan yang semalamnya berjalan seharian. Penat sepenat-penatnya meskipun ada seronoknya!

Pukul 6 lebih aku dan anak-anak sudah mula berkumpul untuk masuk meskipun dalam keadaan muka macam belacan dan mengantuk. Dalam kapal terbang, kami menghabiskan masa untuk tidur. Waktu makan, kami makan nasi beriani. Sewaktu pergi dahulu, kami makan nasi lemak. Usai makan nasi beriani pada pagi Isnin itu, kami sambung tidur. Aku terbanyang-bayang keadaan pesawat MH370. Di manakah pesawat itu pergi... Kesian sungguh melihat keadaan kami pada hari sebelum, semasa dan selepas. Hahaha. Kami datang dalam pukul 9.05 dan bas sekolah pun telah tiba. Aku pula diambil oleh adik, emak dan bapak. Aku seperti orang mengigau. Hahaha. Dalam kereta pun aku habiskan masa untuk tidur meskipun adik dan mak bapak ku keluar untuk membeli barang. Datang sahaja di rumah, aku menyambung tidurku. Badanku masih lenguh sehingga kini. Kelas sehingga waktu petang. Kertas ujian tingkatan 3 belum siap disemak. Bagaimanakah keadaan warga pesawat MH370. Semoga mereka bisa ditemukan sesegera mungkin dalam keadaan yang baik, aaaaminnnn.

Teringat sewaktu berada di Taiping. Alahamdulillah, anak-anakku walaupun tidak bisa pergi ke peringkat kebangsaan, namun mereka sudah mencuba sebaik mungkin. Aku bersyukur dan mengaut segala pengalaman yang ada di sana. Aku juga berjumpa dengan rakan PPGB SBP yang merupakan penghulu kursus menegurku di sana. Aku juga merupakan cikgu termuda yang membawa anak-anak bertanding dan selalu ditegur dan ditanya status pelajar. Ada anak yang aku baru kenal mengatakan umurku 22 tahun. Hahahha. Harapan. Di sana, aku sempat juga ditanya tentang status dan aku ada nama baru iaitu Bie... wooo... mahu muntah aku mendengarnya lagi-lagi yang memanggilnya lelaki. Hahahha. Manjanya dipanggil Bie... perempuan...suka sahaja dipanggil dengan panggilan manja... muntah muntah! Orang juga bertanya tentang siapakah yang mendampingiku dan berapa lamakah hubungan dan mengapa bisa bertahan..Mengapa aku mahu untuk bertahan? Tiada jawapan, kataku. Aku juga sempat berbincang dan bercerita tentang kelakuan seseorang yang lahir pada bulan Mac dan berzodiak Pisces. Katanya, aku dikatakan sukar memulakan sesuatu dahulu melainkan orang lain yang mendahuluinya dahulu. Sekiranya aku menyukai orang, aku akan menyukai sesungguh hati, namun apabila aku tidak menyukai sesuatu, aku akan meninggalkannya terus dalam hidup. Malang bagi sesiapa yang memilih untuk bersama aku. Wah... kajian itu terkena dengan batang hidungku sendiri. Aku memang aku. Namun, tidak siapa mahu dikuasai emosi yang tidak baik. Maka, aku sentiasa memastikan aku tidak dirajai emosiku sendiri. In sha Allah. Maka, aku perlu menjauhkan diri daripada hal-hal yang membuatkan aku beremosi yang tidak baik. Senang menyendiri dan bersembunyi daripada pengetahuan orang. Kekal untuk terus sepi, menyendiri dan bersembunyi... rendah diri... 

Jika Allah boleh menjadikan kita JATUH CINTA pada pandangan PERTAMA, Allah juga mampu menjadikan kita MEMBENCI seseorang dalam sekelip mata..justeru, MENGAPA kita terlalu MENGAGUNGKAN cinta itu yang HAKIKATNYA bukan milik kita, tetapi MILIK MUTLAK Allah. 

Mottoku kini. Sebelum mencintai, menyayangi, merindui, mengasihani, menjaga hati orang lain, aku perlu mencintai, menyayangi, merindui, mengasihani dan menjaga hatiku sendiri terlebih dahulu. Hati keras semakin keras untuk mendapat apa yang aku mimpi dan impi... Drama... Nasyid...Petanque,... Fokus KERJAYA :) Abaikan yang lain. Moga impian terlaksana... Mula merancang kerjaya lebih baik. Mimpi memiliki rumah sendiri. Aaminnnnnnn... 

Hujung bulan 3 akan ke JB, bulan 4 pula ke KL... takut rasanya untuk terbang...

Akhir kata, aku sangat penatttt!!! Sambung kerjaaaa....
Ya Allah, selamatkan warga pesawat MH370...

Kami menanti dan terus akan menanti,
Khabar berita gembira atau sedih,
Kami terima dengan hati terbuka,
Biar tiada darah pertalian,
Doa kami tak putus-putus.






No comments:

Post a Comment

common!