Semalam masih penat. Aku tidur dari waktu petang sehingga
ke malam. Menerima mesej daripada en.tunang lalu aku menyambung kerjaku. Siap satu
slaid untuk mengajar tingkatan 3. Aku masih gigih menyiapkan semakan kertas
ujian tingkatan 3. Penatnya! Petang ini giliran kak Ar bersama pasukan
petanque, maka aku akan pulang ke rumah lebih awal. Pagi tadi, ada kemalangan
di selekoh tajam sebelum menuju ke SMK Matang Jaya. Sewaktu majlis bertunang
dahulu, takut-takut juga aku apabila en.tunang memandu di jalan yang dia tidak
berapa tahu. Alhamdulillah, semua selamat. Aku bersyukur aku sampai juga ke
sekolah hari ini. Semoga urusan pemandu wanita yang kemalangan pagi tadi
baik-baik sahaja. Aku lihat kereta mewah yang dipandu wanita itu memakan jalan
di selekoh sebelah. Ya Tuhan, hati-hati mana sekalipun kita, sekiranya Kau
menentukan apa yang berlaku, akan berlaku juga. Kun faya Kun.
Kak Ar sudah bertanya bila aku akan menginap dan
menamannya di kuarters kerana rakan serumah bakal pulang Jumaat ini. Katanya dia
biasa seorang diri, namun masih mengharapkankehadiranku. Pelik… hahaha. Manusia memang sukar mengaku kelemahan diri. Abaikan. Kelak aku akan menemaninya. Bapa seperti biasa, kurang sihat. Maka, aku akan risau sekiranya berada jauh daripada rumah. Lagipun, aku lebih suka duduk di rumah daripada tempat lain. Masih risau aku dengan pesawat MH370. Di manakah? Firasatku mengatakan mereka berada di alam lain. Ya Allah, lindungilah mereka dan hanya Kau tahu yang terbaik.
Hari ini, aku menerima mesej daripada celcom yang memberikan panggilan percuma sempena ulang tahun hari lahir. Aku bukannya kaki telefon. Pasti membazir sahaja pemberian itu tidak kugunakan. Rasanya mahu telefon Kris… lama sudah aku tidak bercakap dengannya. Rinduuu… Semalam juga aku menerima sms pada waktu tengah malam. Katanya dia teringat akan aku. Rindu... cewah! Hahahhaa... Tidak mampu ku balas sms tersebut dek kepenatan. Hari ini juga aku mengisi borang claim untuk keberadaan ku di Taiping dan Penang. Moga dapat kugunakan semasa berada di JB kelak. Aku seakan tidak dapat menerima bahawa umurku bakal mencecah 26… aku masih merasakan aku berumur 20 tahun. Hahahaha. Angka tidak penting. Rindu dengan kenangan di Taiping dan Penang…












No comments:
Post a Comment
common!