Sunday, March 16, 2014

Hehehe. Rasa berat hati pula bermalam di sekolah bermula esok. Grrr. Dahla minggu lepas aku di Perak, minggu depan pula bermalam di sekolah. Aku masih blur dengan lagu nasyid. Ya Tuhan, berikan aku ilham. Mungkin hari Rabu aku akan pulang ke rumah untuk membeli apa yang patut, packing barang sebelum ke JB dan aku mesti pulang sebab aku tidak boleh lama berjauhan dengan keluargaku dek hari Jumaat aku dah perlu terbang. Dahla hari ini abang Mzah berbincang dan mencadang untuk mengadakan percutian keluarga di Lundu. Arghhhh… ruginya aku tidak turut serta. Moga akan ada percutian yang seronok lagi selepas aku pulang dari JB. Mudah-mudahan. Hehehe. Aku paling suka bab-bab bercuti dan keluar bersama keluarga lagi-lagi bermalam di tempat yang lain.

Rasa takut pula aku ke JB. Kursus kahwin dan menginap di rumah encik tunang. Moga pemergianku di sana memberiku pengalaman dan pengajaran yang baik-baik belaka. Aku blurrrr nak mengajar anak-anak tingkatan 3. Aku mahu yang terbaik untuk anak-anak. Maka, aku perlu dikirkan kaedah yang terbaik untuk mengajar mereka. Mungkin aku perlu dedahkan kelemahan mereka dalam menulis dan perlahan-lahan membetulkan kesalahan-kesalahan yang lazim mereka perbuat. In sha allah.

Waktu mengemas bilik dan melihat bantal kecil berwarna biru laut pemberian orang yang pernah hadir dalam hidup yakni kisah silam, terasa lucu pula aku. Dulu, sewaktu masih bersama, ke mana-mana aku pergi, sama ada pergi bertanding ke daerah, bahagian, negeri orang lain, akan ku bawa bantal itu bersama sehingga aku belajar di UPSI dahulu. Lawaknya. Apa sebenarnya motif tindakan aku yang sebegitu. Cintakah? Macam bodoh pun ada juga mungkin. Hahaha. Sekarang, tiada makna dan orangnya juga sudahku tinggal sejauhnya meskipun kenangannya tetap ada. Cicici. Lawak! Haish. Kalau en.tunang, sekarang aku membawa cincin, gelang dan subang silvernya ke mana-mana. Baju dan selendang pemberian pun banyak, kasut, gambar, anak patung bear, minyak wangi, surat, warkah, sajak, buku-buku, tuala, beg, gelang, telekung dan banyak lagi. Kadang-kadang terfikir pula aku, apakah motif aku masih menyimpan botol minyak wangi yang diberinya sedangkan minyak wangi sudah habis? Hahaha. Pelik, aneh dan ngok mungkin jawapannya? Hahaha. Motifff sangat. Sesungguhnya, segala pemberian orang kepadaku, lagi-lagi orang yang aku sayang, amat bermakna dan amat aku hargai. Aku akan menjaga barang-barang itu seperti aku menjaga diriku sendiri.

Uishhh… kerja banyak. Malas nak fikir tentang dunia semata. Ya Allah, selamatkanlah aku dan mereka yang tersayang serta kami daripada fitnah dunia. Tetapkanlah kami dalam iman dan Islam.

Hidup ini indah... jika ikhlas beribadah...
cintakan ketenangan...

Sayang shukachinta J

No comments:

Post a Comment

common!