Saturday, March 15, 2014

15 Mac 2014: 26 tahun

ALHAMDULILLAH :) Pada pukul 10.32 pagi hari ini, umurku genap 26 tahun. hehe


Hujan lebat dini pagi. Usai Subuh, baru aku teringat semalam aku dikejutkan daripada tidur oleh adik kesayanganku dan dia mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mencium kedua-dua pipiku. Aku dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya, sempat juga mengucapkan terima kasih dalam keadaan mata separuh terpejam. Aku tidur semula seakan merasakan adegan tadi itu mimpi. Kemudian sms datang bertalu-talu daripada insan-insan kesayanganku. Aku terharu meskipun tidurku diganggu dek bunyi sms namun hatiku tersentuh dek ucapan, doa yang mereka kirimkan untukku. Terima kasih sayang-sayangku. Dapat kusimpulkan di sini bahawa, meskipun tiada laman Fb dan laman sosial yang lain sebagai pemberitahuan, insan-insan kesayanganku tetap mengingat hari keramatku. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan dan  mewujudkan insan-insan yang setia bersamaku sehingga hari ini.

Minggu ini aku mahu rantaikan kaki daripada berjalan kerana aku mahu menikmati rehat sepenuhnya dan mengemas bilikku yang lama ditinggalkan dan menyusun atur segala barang yang tidak tersusun dengan kemas. Sedapnya bubur yang dimasak oleh bapa pada pagi ini. Hehehe. 15 Mac ini aku juga mengharapkan dan berdoa agar insan-insan sekelilingku bahagian dan sentiasa dalam jaga-Nya. Aamin..

Hadiah? Aku dapat hadiah ucapan, doa, peluk, cium, nyanyian, baju tidur. Beg tangan, hadiah tahun lepas pun aku belum pakai lagi. Hehehe. Aku rindu zaman pakaian rock dan sempoi aku dahulu. Aku teringin untuk memakai kasut bertali dan berseluar besar, bertshirt panjang. Kelak aku akan pakai pada masa yang sesuai.

Hari ini dan malam ini, tarikh keramatku dirai. Aku juga menerima ucapan dan doa daripada insan-insan kesayangan dan tidak kurang juga hadiah. Kek pun emak beli. Alhamdulillah. Terima kasih atas segala nikmat atau kurnia yang kau pinjamkan dan beri pada hari ini dan dulu ya Allah. Syukur... Selalunya jika ahli keluargaku menyambut ulang tahun kelahiran, akulah orang pertama yang akan mengingat tarikh dan merancang menu dan membuat kek sendiri. Tiba giliran aku, aku tidak mengharap tarikh ini dirai meriah, cukuplah dengan iringan doa dan makan kecil-kecilan tanda menghargai kewujudanku dalam keluarga tercinta. Hehe. Aku tidak akan lupakan hari ini. Aku merasa senang sekali. Hadiah paling mahal yang aku terima ialah hadiah tiket kapal terbang daripada en.tunang. hadiah-hadiah lain pun mahal harganyanya... iaitu harga keikhlasan memberi J ucapan-ucapan daripada orang tersayang membuatkan aku tersenyum sahaja hari ini meskipun hari-hariku penat dengan kerja yang tiada hentinya. Anak-anak buahku serta abang kakak pun turut ada merai malam ini. Meskipun ada abang dan kakak yang mungkin tidak ingat hari lahirku hari ini, tidak mengapa kerana secara positifnya mereka mungkin sibuk melayan karenah anak-anak. J hahaha.

SAYANG SEMUA. SEMOGA KALIAN SENTIASA DALAM JAGA ALLAH S.W.T.
AAMIIINNN...

15 Mac 2014 J

Dalam senyum, kepala dan hatiku ligat memikir tentang lagu nasyid.... grrr... 

No comments:

Post a Comment

common!