Wah… bangga aku dengan anak-anakku pada hari ini. Mereka bukan sahaja dapat
membina rangkap pantun, puisi, malah dapat membacanya dengan nada yang baik,
berbalas pantun secara spontan. Itu sudah cukup membuatkanku senyum pada hari
ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Aku Cuma risau dengan kelas tingkatan
tiga. Ada seorang anak murid yang mengganggu emosiku. Apakah masalahnya, aku
masih menyiasat dan ambil tahu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya bagiku.
Aku ingin yang terbaik buat mereka. Mungkin harapan dan hasratku yang terlalu
tinggi membuatkan aku tertekan. Begitu juga dengan soal mencinta. Ingin dicinta
seperti mana aku mencinta. Harapan sebegitu akan membuat sendiri merana. Maka,
aku harus belajar menerima apa adanya. Seperti mana sewaktu belajar aku
mengajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi pelajar membuat bising dan tidak
mengambil perhatian, hatiku sakit dan emosiku perit. Begitu juga dengan hal dan
keadaannya ketika aku menghantar pesanan ringkas kepada yang tersayang tetapi
balasannya tidak seperti yang kita harapkan. Hanya sekadar membalas dan
menyenangkan hati mungkin. Kekadang selalu merasa, mendiam itu lebih baik,
begitu juga sewaktu berada dalam kelas. Jika aku marah, aku akan diam dan jika
aku tidak tahan, aku akan menyindir tajam, pedas dan menusuk kalbu si
pendengar. Namun, sebaliknya aku mahu sentiasa menunjukkan rasa sayang, ambil
berat terharap insan-insan yang aku sayang. Perkara-perkara yang menghalang aku
untuk sentiasa merasa sayang tersebut membuatkan aku terbantut untuk memberikan
kasih sayangku sepenuh hati. Aku harus tanam dalam diri bahawa jika memberi
sesuatu, jangan mengharapkan balasan, sama ada balasan cinta, sayang, rindu,
barang, perhatian, gurauan, kekasaran dan sebagainya. Abaikan ;) begitu juga
dalam melaksanakan perintah Allah hendaklah ikhlas, bukan mengharap balasan
syurga. Hanya mengharap redha... in sha allah.
Moga bapa bertambah baik. Hari ini aku menempuh kelas sehingga ke petang.
Aku mahu siapkan RPH hingga minggu hadapan di samping membuat kerja-kerja yang
masih tertangguh. Semoga perancangan aku untuk proses pengajaran membuahkan
hasil (berharap lagi dan lagi). Cikgu mana yang tidak mahu anaknya berjaya. In
sha Allah. Satu lagi hal yang aku ingin usahakan ialah menurunkan berat badan
dan sasarannya ialah 50kg. Mampu atau tidak, kita lihat sahaja nanti. Baru dua
kilo mampu diturunkan buat masa sekarang. Hahahaha. Teruknya. Aku mengelak diri
daripada makan nasi goreng sebab bagiku dengan memakan nasi gorenglah badanku
cepat naik. Maka, aku akan terus kuatkan semangat dan berusaha dengan konsisten
mengawal pemakanan. Yeahhh. Atul boleh kurus. Sekarang, aku berisi
jerrr... :D aku rindu zaman kurus zaman
‘U’ yang tidaklah kurus kering macam cicak kubinnn. Waktu itu, beratku dalam
lingkungan 50. Sedang-sedang dan rasa ringan membawa badan. Hehehe. Rindu benar
zaman masih sendiri, bujang dan slimmm. Kini, dihantui rindu-rinduannnn dgn yang lain. hahahha. malaskkkuuu...
Habis kelas petang, rasa mahu demam sahaja selepas balik sekolah. Badan terasa
panas dan tidak selesa. Petang esok pula ada kelab kompang. Pulang lambat pada
waktu petang itu menjadi perkara biasa. Aku berniat untuk pergi bercuti pada
musim cuti bulan Mac kelak dan memandu sendiri pergi agak jauh untuk mencari nilai,
erti, dan kepuasan hidup. Aku ingin melihat tempat lain dan menikmati keindahan
alam ciptaan Tuhan. Moga bapak dan mak dalam keadaan baik pada ketika itu. Kembara
ke Sri Aman pun seronok. Tapi, aku ingin menjejak tempat lain selepas ini. Aku perlu
mahir mengetahui, mengenal pasti dan mengendali masalah kereta terlebih dahulu.
Tidak lama lagi babyozku perlu di servis. Comot belum dicuci...
Penat. sungguh penat melalui hari-hari bekerja dan ulang alik ke sekolah dan ke rumah. memandu hampir sejam. Aku menerima pesanan ringkas daripada bekas murid sewaktu aku praktikal dahulu. Rinduuuu... Dia mengkhabarkan bahawa dia sudah bersekolah di Melaka dan ada seorang guru yang mengajarnya Bahasa Melayu menayangkan video aku menyanyi lagu Opick dan Lenka di dalam kelasnya. Video itu terdapat dalam komputer riba cikgu tersebut katanya. waaahhh... Aku tidak mengenali siapakah cikgu yang bernama Mohd Azrien. Tak sangka ada peminat rahsia. hahahaha. Dah, jangan perasan!
Penat. sungguh penat melalui hari-hari bekerja dan ulang alik ke sekolah dan ke rumah. memandu hampir sejam. Aku menerima pesanan ringkas daripada bekas murid sewaktu aku praktikal dahulu. Rinduuuu... Dia mengkhabarkan bahawa dia sudah bersekolah di Melaka dan ada seorang guru yang mengajarnya Bahasa Melayu menayangkan video aku menyanyi lagu Opick dan Lenka di dalam kelasnya. Video itu terdapat dalam komputer riba cikgu tersebut katanya. waaahhh... Aku tidak mengenali siapakah cikgu yang bernama Mohd Azrien. Tak sangka ada peminat rahsia. hahahaha. Dah, jangan perasan!
Aku inginkan rehat yang cukup sahaja untuk hari ini... tidur cukup, kurang
makan dan banyak bekerja. Jika banyak dan sungguh bekerja lalu mendatangkan
hasil, itu bisa mendatangkan bahagia. Tidak mahu berharap lebih akan rasa dan
yang sewaktu dengannya.. lagi-lagi soal rasa, soal hati... berharap lebih pada
cinta manusia, bisa tanggung dan harung derita meski terselit bahagia. Maka, abaikan.
Doa yang baik-baik sahaja. Memilih untuk diam dengan segala rasa... Tuhan
selalu ada...
Tidak lama lagi tarikh lahir anak buahku khayyirah dan tunangku akan menjelma.... aku perlu bersiap sedia... walaupun persediaan yang biasa-biasa, namun aku akan menyediakannya sepenuh jiwa raga dan penuh makna :D
Tidak lama lagi tarikh lahir anak buahku khayyirah dan tunangku akan menjelma.... aku perlu bersiap sedia... walaupun persediaan yang biasa-biasa, namun aku akan menyediakannya sepenuh jiwa raga dan penuh makna :D
Ya RABBI, jika cintaku
kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.
Ada masanya kita perlu DUDUK SENDIRIAN. BERSEORANGAN sambil merenung
langit. MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati DOSA-DOSA lalu
yang belum diampuni. Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA. Tetapi masanya
untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH♥
No comments:
Post a Comment
common!