Pukul
tiga pagi, aku dikejutkan oleh adik ketika aku sedang bermimpi aku menghadapi
mati dan pada masa itu aku mengucap kalimah Asyhaduallaa Ilaha Illallah.
Waasyhaduanna Muhammadurrasulullah. Aku terjaga dalam keadaan kelat dan
mengantuk lalu terus menuju ke bilik bapak. Bapak mengadu dan mengerang
kesakitan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Bahagian dalam badannya sangat
sakit dan dia merasakan badannya mahu putus. Akibat ubat dari hospital yang
tidak sesuai iaitu mengandungi kandungan asid yang banyak menyebabkan bapak
diserang gout. Apabila gout menerjah, maka bapak akan mengalami demam dan sakit
pada bahagian anggota tertentu dengan teruk sekali. Ya Allah, kau ringankanlah
sakit bapak. Kau ringankanlah beban sakit yang selalu menimpanya. Kau
kuatkanlah emak dan kami semua. Abang, adik dan aku mengurut bapak dan bapak
merasa sedikit lega setelah diurut dan mengambil ubat penahan sakit. Aku
menyambung tidurku semula dan dalam tidur itu aku bermimpi rumahku dilanda
banjir dan bilikku, bilik emak kelihatan baik-baik sahaja berbanding bilik
adikku yang seakan mahu runtuh. Bilik adikku ku lihat di antara dindingnya
dirayapi dedaun yang merayap. Pelik. Aku tidak mengerti maksud mimpiku hari
ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Pagi
ini aku bangun dan sekali lagi gagal mendapat tidur yang cukup. Tidak mengapa,
pasti Allah ada hikmah-Nya. Masa pertamaku hari ini bersama murid tingkatan
tiga. Aku membawa mereka belajar ke luar kelas dan membina beberapa rangkap
puisi sebagai evidens PBS. Murid kelihatan sukar sekali membina puisi dengan
menggunakan kosa kata atau istilah yang menarik dan indah. Akulah yang memberi
bimbingan dan idea sekiranya murid tidak mampu menulis patah-patah kata jiwa.
Aku sendiri pun tidak begitu mahir dan berbakat dalam menulis. Apatah lagi
murid-muridku. Karangan anak-anak yang dibuat pada minggu lepas pun masih belum
siap kusemak.
Nampaknya,
murid tingkatan dua lebih bijak dan berbakat dalam penulisan puisi. Hasilnya
nampak menggembirakan aku. Hahahaha. Walaupun tidaklah hebat, namun, cemerlang.
Di fikiranku mengenangkan bapa di rumah. Moga bapa tidak merasa sakit lagi.
Moga bapa kuat! Tengah hari ini aku akan menjadi pengajar kepada ketua bidang
untuk mengaplikasikan frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aku akan
mengajar mereka membina ‘site’ hari ini.
Hari
asrama terbuka akan berlangsung pada hari sabtu ini bersamaan dengan hari lahir
teman baikku, Nicole.aku dan Nicole juga ditugaskan untuk membuat buku program
bagi hari asrama terbuka. Aku akan buat satu kek coklat untuknya. Hari ini aku
berpuasa dan ayam yang aku beli semalam ingin sekali dimasak ‘mentega’. Hehehe. Aduhai.
Makan sedap-sedap, badan pun jadi sedap. Cuaca agak panas dan tidak hujan pada
minggu ini. Alhamdulillah, lazim berpuasa hari Isnin dan Khamis membuatku rasa
biasa walaupun adakalanya haus sedikit. Haaa.. ‘chicken butter’ siap dan
dihidang lalu diminta Aqil dan Qilah. Aku kata, “tunggu cik buka puasa”. Hahahaha.
Kesian anak-anak itu. sewaktu berbuka, aku berdoa dengan penuh harap... dan makan sambil membawa adik dan anak-anak buahku. Bapa masih tidak sihat dan berselimut dek demam teruk. Masakanku pada hari ini mendapat pujian menyebabkanku puas hati. hahahaha. Kata adikku, ayam butterku lebih sedap daripada rasa ayam butter di kedai kegemarannya di SUMMERMALL. wah! Kembang kuncup hidungku. Aku memasak tanpa merasa kerana aku berpuasa. Betapa nikmatnya berpuasa. Masakan main agak-agak pun jadi sedap. Aqil makan sambil menjilat jari... hehehehe. Makasih kerana menghargai masakan aku.
Mendengar
alunan lagu ‘Ketika Cinta Bertasbih’ pemberian orang tersayang membuatkan aku
mendambakannya setiap masa. Ahhhh... aku harus lawan rasa rindu dan rasa ingin
diambil tahu selalu. Selalu juga mengharapkan dengan bernyanyinya telefon
bimbitku, sms yang masuk itu daripada orang yang didambakan. Namun, selalu
hampa. Hahahha. Bersangka baik. Hal ini Allah lakukan untuk menguatkan aku
supaya tidak terlalu suka dan bercinta diam sederhana. Doa kan ada ;) Lagipun
selalunya kami akan berhubung tatkala perlu sahaja. Ada baiknya juga meskipun
hati mahu sekali dijaga, dibelai dan dimanja. Tunggu sahaja selepas kahwin. Semuanya
bisa malah lebih daripada itu bukan? Hehehe. Ya Allah, tetapkanlah hati kami.
Tersentuh pula aku mendengar lagu Nora dalam radio petang tadi sebelum sahur. Layan...
suka ataupun tidak, aku terus memendam rasa....
Nak duet lagu ini dengan tersayang boleh ka..... hahahaha
Ohhhhh Ohhhh.. Aaaaaa..... Aaaaa..... Aaaaaa....
Tersentuh pula aku mendengar lagu Nora dalam radio petang tadi sebelum sahur. Layan...
suka ataupun tidak, aku terus memendam rasa....
Nak duet lagu ini dengan tersayang boleh ka..... hahahaha
Ohhhhh Ohhhh.. Aaaaaa..... Aaaaa..... Aaaaaa....
No comments:
Post a Comment
common!