Sunday, February 16, 2014

Variasi Rasa

Alhamdulillah. Hari ini aku merasa sedikit tenang dan aman biarpun tidur di sekolah semalam semacam ada bunyi-bunyi gangguan yang menyeramkan. Moga aku biasa hidup bersama makhluk Tuhan yang lain. Sebelum ini, merasa sedih kerana sikap sendiri. Seakan ada rasa sesalan yang sangat dengan tindakan sendiri pada empat tahun yang lalu. SEANDAINYA, KALAULAH, MUN…. Masa lalu tidak bisa dikembalikan… Namun, aku harus redha dan pasrah. Kini, aku harus lalui realiti biarpun menyakitkan dan menggembirakan serta rasa-rasa lain yang turut terbit bersama dan bervariasi. Aku perlu lawan segala rasa lagi-lagi yang menyakitkan dan menyedihkan. Kalau tidak diri sendiri yang kuat melawan, siapa lagi yang bisa diharapkan? Namun, ada kalanya aku lemah dan putus asa dek rasa itu. Penawarnya cuma diam, berdoa dan mengadu semahunya kepada Allah. In sha Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja dan aku yakin Allah akan beri yang terbaik. Terpulang kepada diri sendiri sahaja lagi untuk kuat atau tidak dan menerima dengan sepenuhnya atau tidak.

Aku selalu berfikir, mengapa aku tetap mahu bersamanya. Mungkin aku terlalu cinta sedangkan selalu juga aku berfikir untuk pergi tapi aku tidak mampu. Teringat cerita hindustan... saat perempuan meminta hero lelaki meninggalkannya dan lelaki itu meninggalkannya... lelaki itu merasa sangat sakit di bahagian dadanya... setelah makan ubat pun sakit itu masih ada. Betapa sakitnya sekiranya cinta yang kita damba itu pergi meninggalkan kita. Aku perlu kuat untuk cinta yang aku damba meskipun banyak hal yang menyebabkan cintaku dikatakan cemburu buta. Rasa bersalah itu ada namun dalam masa yang sama aku turut merasa lega kerana orang tahu apa yang aku rasa. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu memendam dan hipokrit dengan rasa dan tingkah sendiri. Tuhan... sekiranya hal, rasa dan tigkah aku ini salah, kau perbetulkanlah dan kau tunjukkanlah aku jalan yang benar. Kau berikanlah aku kekuatan. Kau putih jernihkanlah hatiku kiranya hatiku punya titik hitam.

Ada sedikit jalur gembira bahagia kerana dalam perancangannya aku bersama dia akan hadir kursus kahwin bersama. Tiada dalam perancangan tahunanku, namun in sha Allah, moga perancangan ini berjalan lancar, selamat dan berkat. Ya Allah, jadikanlah bahagia dan rasa senangku ini rasa yang sederhana dan semakin menguatkan rasa cinta dan sayangku serta rinduku pada-Mu.


Dua minggu di akhir bulan Februari ini, aku akan banyak menghabiskan masaku di sekolah kerana pada setiap malam, aku akan bersama murid untuk latihan bahas. Semoga Allah memberi pertolongan biarpun pasukan bahas dikatakan tidak menyengat langsung. Allah, berikanlah semangat untuk anak-anakku berjuang dan melawan tohmahan dan pandang rendah orang.

No comments:

Post a Comment

common!