Bapaku masih sakit dan hatiku berbelah bahagi
untuk bermalam sementara selama dua minggu di sekolah semata-mata untuk
berlatih bersama pasukan bahas yang akan kuiringi kelak. Moga Allah jaga bapak
dan emak biarpun hatiku meronta-ronta untuk mengabaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Aku rasa tersepit, dihimpit dan mahu lari jauh-jauh daripada
kehidupan yang sudah terbentuk kini. Semoga dengan kesibukan kerja yang aku hadapi membuatku melupakan hal-hal yang tidak perlu aku fikir dan menyerabutkan diri. Mula merancang untuk menyertai kursus membuat aneka cheese cake di Kolej Komuniti dengan bayaran RM20. Ilmu, ilmu, ilmu...
Malam
semalam aku menghantar mesej kepada seseorang namun tiada balasan. Mungkin, aku
perlu diam dan menjauh daripada menyakitkan orang dan disakiti. Aku cuma menumpang cinta yang tidak pasti dan hilang erti. Ya Tuhan,
sekiranya dia lebih bahagia dan tidak sakit dan terluka tanpa aku, aku redha kerna aku percaya dia perlukan
kehidupan yang lebih bermakna untuknya. Kau biarkanlah dia bahagia dengan caranya dan gayanya. Kau lupuskanlah angan-anganku dan pengharapanku
ya Allah. Janganlah Kau yakinkan aku dengan harapan dan anganku sekiranya pengakirannya kelak sakit untuk kami. Kau berikanlah dia kehidupan yang lebih baik daripada dulu dan sekarang. Kau pudarkanlah rasa cintaku pada insan bergelar manusia dan Kau
berikanlah cinta itu lebih terarah dan berfokus kepada-Mu. Aku berhenti berharap akan cinta yang menyakiti dan tersakiti. Namun, aku
tetap berterima kasih kerana menghadirkan aku kenangan dan segala hal yang
telah aku lalui walaupun ada bibit penyesalan yang bermula dengan perbuatan sendiri. Sendiri yang mencari penyakit. Kesalahan itu dilakukan oleh diri sendiri pada awal-awal hari lagi. Jadikanlah sesalan aku ini supaya aku bisa jadi lebih baik untuk orang lain
kelak. Aku tidak minta orang untuk memaksa dirinya mencintaiku ya Allah. Jika cinta itu bukan untuk aku, aku terima. Cinta tiada sah tarafnya memang sukar dijaga kesuciannya. Aku gagal ya
Allah. Aku gagal menjadi hamba-Mu dan anak yang baik buat bapakku, Morni dan
emakku Zama’ah. Mungkin segalanya ada hikmah. Aku tahu Kau akan beri yang
terbaik. Aku hanya perlu menunggu dan bersabar. Moga kesakitan ini akan
bertukar manis apabila bersama pelajar kelak. Mahu lari ke pantai bersama anak dan ke sekolah lain untuk bola jaring dan ke Perak untuk bahas. Fokus kerja dan lupakan cinta dunia. Bolak balikkan hatiku untuk tidak terlalu cinta akan dunia. Kun faya kun. Cinta semakin hilang makna... biar pupus ditelan masaaa.... pergilah... matilahhh... terbang menghilang...agar tiada variasi rasa yang tinggal. Aku serahkan segala ketentuan kepada-Mu. Moga aku redha dan tidak terus-terusan kecewa dan kecewa lagi dan dia juga tidak terluka, sakit dan sakit lagi. Mungkin juga Tuhan ingin memberitahu aku, ada lagi lelaki lain yang boleh mencintai aku dengan kehinaan yang ada pada diriku dek kehinaan ini menyebabkan dia yang sekarang tidak senang dengan kehinaan yang ada padaku dan kerna padanya kehinaan aku juga membuat dia sudah 'fed up'. Aku tidak menghalang sekiranya dia ingin pergi kerana kita punya kepercayaan masing-masing dan dia mahu bahagia dengan hidupnya. Namun, kewujudan dia sedikit sebanyak mengajar aku hidup dalam suka dan duka. Sekiranya dia masih ingin hidup terpaksa dek rasa manusia sekeliling bersama perempuan hina iaitu aku, aku cuma mampu menurut sahaja dan berserah kepada kehidupan seterusnya... Jadi diri sendiri itu sekiranya tidak sesuai dengan orang... Hina sekali kita padanya... Maka, terima sahaja segala tohmahan. Telan sahaja kesakitan. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tukar nombor telefon dan terus menghilangkan diri daripada dikesan semua orang. Ya, aku mahu pergi daripada menyusahkan hidup orang. Tapi, kata orang..ikut hati, kelak mati. In sha Allah, tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Hanya kepada-Mu aku berharap dan percaya. Aku tidak mahu minta apa-apa lagi daripadanya. Aku hanya mengikut segala perancangannya dan apabila kau izinkan aku bersamanya kelak, Kau hilangkanlah dan elakkanlah aku daripada merasa bahagia bersamanya supaya aku tidak terlalu berharap dan tidak terlalu mendambakan bahagia yang palsu belaka. Diam lebih baik. Berikan aku masa untuk tenang bersendiri ya Allah, tanpa mengharap semangat cinta yang sia-sia.
Aku
gagal menjadi hamba cinta yang suci… aku gagal menjadi anak sejati… namun,
janganlah Kau biarkan aku gagal saat tibanyanya aku akan mati. Peliharalah ibu
bapaku. Segala kebaikan dan pengorbanan mereka tiada tara. Kurniakan ganjaran
syurga buat mereka ya Allah… aamin…
No comments:
Post a Comment
common!