Berkongsi
hidup
Dengan
orang asing pada mulanya
Gugup
malu tak tentu rasa
Seolah
aku terpaksa rela
Menghayati
menerima ketidakbiasaannya
Waktu
demi waktu
Hari
demi hari
Minggu
demi minggu
Bulan
demi bulan
Aku
masih mencari
Sedikit
demi sedikit
Menerima
kehadiran punya diri
Yang
kekadang masih terasa mimpi
Kini
Meski
belum setahun
Aku
merasa selasa berdua bersama
Bermacam-macam
rasa
Bukan
setakat berduka, gembira
Rajuk,
tangis, cemburu semestinya ada
Itulah
dunia bercinta
Tuhan
Tumpahkanlah
setia untuk kami berdua
Jauhilah
kebrobrokan daripada melanda
Kuatkanlah
ikatan iman ikatan cinta
Limpahkanlah
kebahagiaan dan keberkatan dunia
Kekalkanlah
rasa kasih sayang bersama mesra
Tuhan
Kau
Maha Tahu segala
Menentukan
baik buruk qada qadar hamba
Jaga
si dia yang ku cinta
Mereka
yang ku sayang sentiasa
Lindungi
mereka daripada segala pancaroba
Tempatkan
mereka di tempat yang sebaiknya
Semoga
keberkatan hidup ini kekal hingga ke surga
No comments:
Post a Comment
common!