Ada
nasihat dari seorang bro yang sudah bernikah. Orang berpengalaman.
"Ini tips penting.
Andai saudara dan saudari yang sudah dalam
ikatan; sama ada ikatan merisik pra-pertunangan ataupun sedang bertunang...
..tiba-tiba
bermimpikan orang lain setelah istikharah sekali dua, atau seminggu dua. Sila
abaikan saja mimpi itu andainya calon yang sudah ada ikatan dengan anda itu
sudah pun ternyata baik. Kedua-dua keluarga sudah setuju dan termeterai janji
untuk berbesan pun.
Yang
anda nampak dalam mimpi tidak boleh dikira pakai pun. Sebab, anda sendiri
beranikah 'potong jari' dan declare itu adalah petunjuk dari Tuhan?
Mungkin
jua penyamaran dari Setan? Siapa tahu?
Ingat.
Bila anda dalam ikatan, Setan akan cuba meleraikan anda berdua dengan pelbagai
cara. Sekiranya Setan itu gagal mencucuk kesetiaan anda berdua, maka ia akan
menikamkan jarumnya pada orang lain sehingga orang lain itu berjaya memisahkan
anda dengan pasangan.
Anda
sudah pun istikharah dan yakin ketika buat ikatan dulu. Kenapa nak was-was
lagi?
Cekalkan
hati. Fokus pada yang satu. Baiki lagi kehidupanmu ke arah lebih baik. Fikir
dan tumpu untuk hidup berkeluarga dengan lebih serius. Abaikan pemilihan calon
atau mempertimbangkan calon-calon lain.
Tutup
mata zahir dan mata hati untuk orang lain. Yakini pada satu.
Anda akan bahagia."
Anda akan bahagia."
Fuh.
Dahsyat.
Besarnya
ujian sepanjang ikatan pertunangan. So, jangan tunang lama-lama. Deraskan
dengan pernikahan.
Nota
tambah: Yang datang mengganggu dan cuba mendekatimu atau menguratmu setelah
tahu kamu sudah ada ikatan, itu semua sebahagian dari SETAN-SETAN bernama
manusia gatal. Jangan dok kacau rumahtangga oranglah.
bahagia
tu bukan bila kita dapat sesuatu yang buat kita senyum. tapi bila kita boleh
terima apa jua ketentuan dengan hati yang lapang.
jangan takut dengan masa hadapan. orang
yang tak beriman saja yang takut dengan sesuatu yang tak pasti. kita manusia.
kita punya Allah. serahkan pada DIA, dan yakin serta percaya DIA akan beri yang
terbaik buat kita.
moga apa jua yang menimpa kita, mengajar
kita menjadi insan yang mengerti maksud kebenaran dan kesabaran. kerana dengan
mengenalkebenaran dan kesabaran, kita akan lebih
mengenal DIA, inshaAllah.
Tuhan
tahu apa yang terbaik buatmu. jangan mengeluh bila satu pintu tertutup. kerana
DIA mungkin sedang membuka pintu lain, yang lebih baik buatmu. dan kau tak
dapat lihat itu, sebab kau terlalu menyesali dan menangisi pintu yang telah
tertutup itu.
melangkahlah
walau hati hancur. kerana dalam setiap serpih itu ada DIA.
-
sederhanaindah
Saat
kau merasa begitu lelah dengan manusia.
Saat kau merasa begitu terhimpit dengan dunia.
Saat kau merasa serba tak kena.
Saat kau merasa begitu terhimpit dengan dunia.
Saat kau merasa serba tak kena.
Saat
itulah.
ALLAH mahu tarik kau kembali kepada-Nya.
ALLAH mahu tarik kau kembali kepada-Nya.
Dengan
ini,
Aku lepaskan engkau dalam jagaan Tuhan.
Aku lepaskan engkau dalam jagaan Tuhan.
Dan ku
relakan hati,
walau kemana kau pergi.
walau kemana kau pergi.
Teman,
engkau jua pinjaman dari Tuhan.
engkau jua pinjaman dari Tuhan.
Dari
Allah segalanya datang,
Kepada Allah semuanya kan kembali.
Kepada Allah semuanya kan kembali.
Hati,
redhalah.
No comments:
Post a Comment
common!