Mengapa Kau Mimik? Tersebar video sekumpulan anak remaja perempuan
membelasah teruk seorang junior. Salah seorang remaja yang terlibat
menggelarkan dirinya samseng pailang itu merupakan bekas anak muridku. Sedeh aku.
Dulu, sewaktu dia masih bersekolah asrama, dia lebih baik daripada sekarang. Dia
selalu mengadu dia dicubit sehingga berdarah oleh warden. Nak kata dia tak
pandai, dia pandai kalau belajar sungguh. PMR dulu, dia pernah memaklumkan
kepadaku di dalam mesej FB bahawa dia dapat 2A. Itu dah cukup bagus bagiku. Mungkin
ada masalah dalaman yang aku tidak tahu tentangnya. Namun, tindakannya bersama
kawannya itu sangat melampau. Malu dan sedih aku mengetahui hal itu Mimik. Apa
nak jadi dengan kau nak. Cikgu harap kau tidak merosakkan masa depan kau.
05 Jun 2014 ( 26 tahun, HAHAHHA )
Selamat Hari Lahir Fawiz Bakri, kawan baikku. Terkenang masa
mula-mula kenal dengan mamat poyo ini yang berkumis tebal dahulu. Dari awal
masuk upsi lagi aku dah ditemukan dengan Fawiz sebab kami dalam kumpulan yang
sama sewaktu orientasi. Fawiz baik orangnya dan banyak berkorban untuk
kawan-kawannya termasuk aku. Saat butuh pertolongan, dia selalu ada lagi-lagi
saat aku nak meminjam keta. Pernah juga aku digosipkan dengan mamat ini. Namun,
kami hanyalah sekadar berkawan. Semoga Fawiz dapat menemui bidadari yang cocok
buatnya kerna aku tahu dia baik dan layak dapat yang baik juga, aamin….
Hari ini juga merupakan hari lahir anak buahku yang ceredit mulutnya iaitu Ariq Irfan. Nyalah teman yg slu dgnku klaie. hahaha. Moga Ariq jadi ustaz dah besar kelak, aamin. sayang cik an Ariq! mmmmuahhhh... Mun ditebalit tarikh tok jd tarikh lahir kak Nor. waa.. senang mok ingat hari lahir Ariq n Kak Nor.. tebalit jak.. Apa-apapun, moga keluargaku selalu dalam jaga Allah. aamin.

No comments:
Post a Comment
common!