Alhamdulillah.
Masa untuk bercuti dan memesra serta menceriakan jiwa. Pada bulan ini, kurang
RM500 sahaja duit untukku belanja. Duit itu mungkin sahaja cukup untuk duit
minyak ke sekolah. Ada segelintir pelajar datang untuk meminjam dek tiada duit
untuk membeli tiket bas balik ke rumah. Aku kasihan. Walaupun aku sendiri tidak
cukup wang, aku serahkan sahaja duit RM100 kepada dua orang anak lelaki itu. Hmmm.
Sekarang hanya tinggal RM200 duit untukku belanja. Ada sebulan sahaja lagi untuk
menunggu gaji baharu masuk. Duit sudah habis kuguna untuk membayar insurans dan bayar
harga kereta. Insha Allah, aku tidak akan meminta simpati dan menyusahkan orang
lain. Biar aku tanggung sendiri nasibku ini. Aku tidak mahu termakan budi orang
dan aku yakin aku mampu menyelesaikan masalahku sendiri kerana aku tahu aku
mampu sendiri. Hehehe. Hari ini juga hari terakhir Mr.Ho berkhidmat di SainsKu.
Baru-baru ini, aku menerima sms daripada nombor yang tidak dikenali. Seperti biasa, aku hanya biarkan sms itu sepi tanpa balasan. Aku hairan dan pelik. Aku rasa, aku tidak pernah memberi nombor telefonku kepada sembarangan orang melainkan mengisi borang-borang tertentu untuk urusan tertentu. Ada empat nombor baru untuk dua bulan ini. Assalamualaikum, Hye, Hye, boleh berkenalan... menelefon.. haa.. itulah mesej yang aku dapat. entah apa-apa. Positif sahaja. Kalau benar penting, mereka akan memberitahu mereka siapa dan tujuannya apa. Lupakan..

Semoga aku
semakin kuat menghadapi rencah hidup. Aku mahu terus berdiri kukuh atas kaki
sendiri tanpa simpati orang lain. Selamat bercuti dan menikmati masa bersama
keluarga.
Meskipun aku tidak dipeduli, aku harap hati aku tetap kuat dan tidak berputus asa dek rasa
sakit hati dan patah hati yang menebal dan semakin menebal dan aku rasakan
hati aku membatu. Semacam senang untuk meninggalkan meskipun berattt dek
memikir maruah diri. Tuhan, selalu ingatkan aku
akan dosa. Semoga aku tidak terus-terusan alpa.
akan dosa. Semoga aku tidak terus-terusan alpa.
Muka bersyukur. Usai menanda dan menyemak kertas jawapan pelajar.

No comments:
Post a Comment
common!