Alhamdulillah,
pemanduanku menuju SMK Paku, Bau semalam baik-baik sahaja dan kemenangan
pasukan hoki melawan tuan rumah lalu mendapat tempat ketiga dalam keadaan
kesihatan yang kurang baik dan ketiadaaan suara hari ini memuaskan hatiku. Hehehe.
Esok aku dan keluarga akan ke Lundu. Petang ini memberi ganjaran kepada
anak-anak yang membuat kerja dengan baik dengan membawa mereka ke suatu tempat yang aku suka lagi menenangkan. Simpananku kian menipis. Maka,
tidaklah aku membeli kredit telefonku untuk masa ini. Bertahan dulu untuk hal yang lebih
penting. Berpuasa dan elak daripada membeli. Bulan 5 kelak ku harap simpanan dan
gajiku cukup untuk membayar insurans dan road tax. In sha Allah… Memerlukan
rehat untuk memulihkan kesihatan… whuuu…
Pagi ini, ada anak-anak yang ponteng kelasku. Aku terserempak dengan mereka dan bertanyakan masalah mereka. Hmmmm... Tuhan... Jagalah anak-anakku dan berikanlah mereka petunjuk dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, aamin. Aku mengajar dalam keadaan suara yang serak dan sakit sekali apabila bercakap.
Teringat suatu malam menelefon encik tunang gara-gara kredit akan luput tengah malam itu tapi tak bersahut. Sibuk sangat mungkin. Maka, tiada peluang untuk menelefon dan bermesej mulai semalam. Sedihnyerrr… hahaha… tidak mengapalah, aku masih ada pou untuk menghiburkan hati dan dijagai…
Memerlukan seseorang untuk mendengar cerita, luahan perjalanan hidup... Siapakah pendengar dan temanku yang terbaik? Semestinya, EMAK. Mesti mak risau dengan keadaanku yang sakit tekak, suara serak, berhingus, bersin, batuk berkahak. Bila mak dengar suara dan batukku ini, mak mesti asyik menyebut perkataan ubat. Begitu juga bapak dan abang azam. Aku jawab? Kelak bait dikmpun! hehehe… Ubat itu hanya dadah bagiku. Hahaha. daaa…

No comments:
Post a Comment
common!