Bulan yang sibuk. Selepas lelah mengajar dan mengiringi
anak-anak nasyid yang gagal meraih nombor namun aku puas hati dengan
persembahan mereka yang lebih baik daripada biasa. Aku perlu membuat uji bakat
lebih awal dan berlatih lebih awal supaya anak-anakku lebih bersedia menghadapi
lawan tahun hadapan. Sewaktu pertandingan, aku bersua semula dengan peserta
nasyid sekolah rendah yang turut sama bertarung ke peringkat kebangsaan. Dia nampaknya
lebih kacak apabila sudah meningkat dewasa. Hahaha. Rasa tidak percaya pula aku
budak-budak dulu yang tidur sebas, main bola bersama dan sebesar itu dan
menjadi cikgu juga. Pengalaman yang
menyeronokkan hari itu. Hari ini juga aku melihat gelagat lelaki dan perempuan yang tidak begitu malu bertegur sapa dan melayan hal-hal yang kurang penting. Al-maklum, dilayan sedikit dah macam ulat bulu. Normal la kot. Aku masih seperti dahulu, diam dan menyendiri lebih baik daripada melayan dan dilayan :p
Aku sibuk pula dengan minggu
anugerah cemerlang dan minggu pencerapan. Minggu pencerapan yang mendebarkan
pada minggu hadapan kelak. Aku perlu bersedia lebih awal. Semalam aku dah mula
bersin banyak kali, selsema dan tidak sihat badan. Aku mahu pulang hari ini
memandangkan masaku banyak aku habiskan di sekolah. Emak pun selalu bertanyakan
aku pulang atau tidak. Minggu ini aku bersama keluarga akan berkelah. Moga aktiviti
dapat diteruskan. Semalam, aku membayar bil dan memotong wifi di rumah. Lari sedikit
bajet simpananku bulan ini. TM yang zalimmm. Orang tidak menggunakan khidmat
sepenuhnya dek kabel dicuri pun, perlu bayar dengan jumlah yang sama. Macam HARAM.
Banyak lagi kerja yang aku perlu
lakukan hari ini. Namun, kesihatan seakan membataskan segala gerakku. Esok pula aku dikerah untuk menghadiri kursus KBAT di Bau bersama Nicole dan Pamela. Dengan keadaan aku yang batuk, selsema dan tidak sihat ini aku gagahkan diri. Pastinya, akulah yang menjadi pemandu esok. Mudah-mudahan, pada hari Isnin dan Selasa hadapan aku tidak menjadi fasilitator Frog di PPD Padawan. Aduhai. Aku butuh rehat.
Semalam, aku terkesan dengan lagu Opick yang dimainkan dalam cerita Insaf. Habis merembes deras air mataku keluar dek terkesan. Setakat ini, ada empat orang pelakon lelaki yang aku minat. Hehehe. Mereka tidaklah kacak mana, cuma sedap mata memandang dan yang paling penting watak itu memikat hati. Nama pun pelakon. Pieere Andre, Izzue Islam, Shukri Yahaya dan Abdul Rahman Naufal dan yang merupakan imam muda dan wataknya sangat dimahukan oleh semua isteri. Keempat-empat jejaka yang aku suka wataknya dalam lakonan ini kebanyakannya sudah bergelar suami orang dan mungkin seorang bujang lagi. Hehe. Banyakkan berdoa agar bersuamikan insan yang mampu membimbing dan menjadi imam yang baik. Aku juga berdoa agar suami aku kelak bukan seorang yang suka melayan dan dilayan hal-hal yang tidak penting. Aku juga berharap dan berdoa agar imam aku lebih mengutamakan yang utama. Utamakan keluarga daripada yang lain, walaupun menurut kajian aku, lelaki lazimnya lebih mengutamakan kawan, kenalan berbanding keluarga, isteri dan anak-anak. Moga aku turut menjadi orang yang tidak gemar melayan hal-hal yang tidak penting, taat, setia dan mampu memberikan yang terbaik untuk hasil yang baik di dunia dan akhirat. Aamin...

Namun, ramai-ramai lelaki, pastilah jejaka aku yang paling kacak... Hahaha. Di mata, di hati dan kacak untuk segala-galanya :D wiwiiiiitttt!!!
Semuanya berjanggut. Bagiku, jejaka yang berjanggut ni KACAK :)
Lagu yang memberi kesan dan menjadi kesukaanku pada minggu ini. hehehe.
Bila
Waktu Telah Berakhir
bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
Lagu ini memberikan aku keinsafan yang mendalam.
Ini pula lagu yang sedap didengar suka-suka.
Sudah tiba
masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan
Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu
Ulang Chorus
Jadi, marilah Rabiaatul Adawiyah
supaya menjadi insan yang baik dan mendapat insan yang lebih baik. Mari kuat
bekerja dan menyiapkan segala kerja yang masih menimbun dan melobo-lobo. Ya
Allah, jagalah insan-insan yang aku sayang. Aku tahu, ujian kehilangan itu maha
berat. Yang hidup, pasti akan mati. Yang ada, pasti akan pergi... lindungilah
kami ya Allah. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang beriman. Janganlah Kau
jadikan hidup dan mati kami sia-sia. Aamminnnn.... Menikmati kesihatan yang tidak begitu baik pada minggu ini dalam kuat bekerja. Teruskan perjuangan shukachintabebehgele-gele.

.jpg)

No comments:
Post a Comment
common!