Monday, March 17, 2014

Semangat kerja!

Aku sungkey bersama kak Armaina hari ini. Dia yang memasak untuk aku sedangkan cuma aku yang berpuasa. Haha. Menyusahkan je aku nih. Heh heh. Rindunya ngan mak bapak. Waa… walaupun jasad ku jauh daripada mak dan bapakku, namun hati dan fikiranku dok asyik memikirkan mereka di sana. Aduish… tak tenteram rasanya merindu… ya Allah, tabahkanlah hatiku. Aku ingatku minggu ini sahaja aku perlu menemani kakak itu, rupa-rupanya, lepas cuti kelak pun dia mahu aku menemaninya. Lagu nasyid oh lagu nasyid! Bukan mudah membentuk lagu yang sedap bahaya dan menakjubkan. Allah… limpahkanlah ilham…


Apabila mendengar anak-anak ini menyanyi… aku sudah dapat mengagak pencapaian mereka bisa menjulang ke tahap mana. Apa-apapun berusaha sahaja meskipun masa semakin singkat. In sha Allah. Semoga ada keajaiban. Hehe. Aku dah siapkan notis mesyuarat frog vle, surat nasyid. Tinggal laporan frog sahaja yang perlu aku fokus. Laporan pertandingan bahas akan ku minta Faz menolongku malam kelak. Hidup! Hidup! Semangat bekerja! Kerja! Haha.

No comments:

Post a Comment

common!