Semalam,
aku disuntik HPV. Sakinya tak terkata! Rasa nak tumbuk je muka jururawat yang
menyuntik tanganku itu. Rasa tidak bermaya dan mudah marah hari ini. Anak-anakku
di tingkatan tiga selalu membuatku susah hati meskipun yang membuat halnya itu
seorang sahaja. Geramnya. Moga Allah berikan aku kesabaran dan cara terbaik
untuk menghadapi mereka.
Malam tadi usai solat, aku baru sedar bahawa
Allah menunaikan niatku untuk mengunjungi sekolah lamaku. Alhamdulillah,
meskipun kakiku belum menjejak sekolah itu. Aku bakal menjejaknya pada 9 April
2014 insha Allah. Ya Tuhan.. niat dan hasratku ini dulu Kau tunaikan tanpa aku
sedar. Terima kasih Ya Allah. Aku bakal menyegarkan kenanganku di sana…. Tidak sabar
rasanya. Namun, kini fokus dulu untuk kursus kahwin. Bunyinya seolah menakutkan
dan menyeramkan kerana aku merasakan umurku masih belasan. Haha.
Tidak sabar mahu pulang ke rumah hari ini. Esok,
aku akan berkampung lagi di sekolah. Moga anak-anak dapat memperaktikkan apa
yang aku ajar. Aamin… Apa lagi yang aku perlu bawa ke Johor ya? Kenapa aku rasa
takut… Buat senarai dulu…
No comments:
Post a Comment
common!