Saturday, February 8, 2014

MALASNYA!

Bangun pagi… Pada hujung minggu sahaja dapat meluang masa di dapur, kemas-kemas, sidai-sidai, masak-masak. Malas rasanya menyemak. Malam tadi Cuma beberapa helai kertai dan beberapa biji buku sahaja telah kusemak. Malas semalas-malasnya. Ya Tuhan. Aku gemar mendengar lagu di youtube  dan mencari resipi baharu. Niatnya mahu membaca al-quran malam tadi pun tidak tertunai dek leka mendengar dan melihat video di youtube. Sabo je laaa… sebelum ABC bulan lepas, aku selamat khatam al-Quran, dan kini aku perlu bermula daripada awal semula. Al-fatihah, Al-Baqarah…

Rancangan untuk perkahwinan. Grrr… risau dan takut pula aku memikirnya. Moga baik-baik sahaja. Perancangan itu perlu. Semoga kata sepakat membawa berkat bagi kedua-dua belah pihak. Moga Tuhan mempermudah jalan untuk kami sungguhpun dalam situasi berjauhan dan melancarkan segala urusan. Urusan-urusan perlu disenaraikan.

Esok aku akan bekerja lagi dan lagi. Ya Allah, tenangkan, lapangkan, ikhlaskan hati dan diri ini untuk berbakti. Berikan kami kesepaduan hati untuk belajar bersama-sama, memperbaiki kesalahan diri bersama-sama, dan mencapai jaya bersama.

No comments:

Post a Comment

common!