Wednesday, February 12, 2014

HiduP

Kerjaku sangat banyak. Maka, aku sukar menulis panjang-panjang walaupun hati ini berkobar-kobar mahu menulis. Semalam, bekas muridku menghantar ‘sms’ kepadaku. Hari ini kawan lama bertanya akan ketenggelamanku di laman sosial. Hehehehe. Aku tidak tahu dan tidak pasti bilakah agaknya aku mahu membuka semula laman FB. Masih merasa selesa begini. Tidak ada yang tahu perkembangan hidup dan tidak ada yang sibuk mengikuti perkembangan hidupku. Di samping, aku merasa lebih tenang tanpa mengetahui hidup orang lain juga. Hahaha. Sikap perempuan yang lazimnya mempunyai orang yang tersayang ini jika bisa semua hal orang yang dia saying itu dia ingin korek, tahu… dah tahu, pendam dan sakit jika hal yang diketahui itu menyakitkan. Maka, hal yang aku perbuat ini dipercayai mampu membuang rasa-rasa tidak selesa, sakit dan tidak aman. Hehehe. Selagi bergelar tunang orang ini sebolehnya aku menjaga rasaku sendiri dengan cara sebegini. Orang kata, waktu bertunang laa macam-macam masalah akan datang. Sebelum masalah datang, aku elak dulu. Biarlah aku tidak ber’fb’ buat sementara dan aku gunakan fb yang aku buat untuk makbapak sekadar mengetahui khabar adik beradik dan rakan-rakan rapat sahaja.

Hari ini aku jalani hidup dengan sibuk sekali. Aku akan membawa anak-anak ke pertandingan bahas, mengajar anak kompang, membawa anak-anak ke pertandingan petanque, bola jaring kelak…. Aku akan terbang ke bumi Malaya lagi kelak. Pening kepalaku. Malam tadi aku menangis…. Menangisi peperangan hidup. Entahla… semenjak jadi admin Frog ni, hidup aku tak tenteram. Hahahha. Ada guru yang sukar sekali me’log in’ web tersebut menyebabkan aku merasa lebih baik aku yang buat semuanya. Aku tidak pandai mengarah. Jika semua guru dah log in, maka tidak perlulah pening lagi mengejar orang untuk suruh melog in dan tidak perlulah lagi bersoal jawab dengan ummi…. Susah juga jika orang sukar memberi kerjasama. Sabar sahajalah…

Sudah sebulan 24 hari aku menjadi tunangannya.Rindu dengan tunang…  Hal yang biasa berlaku tiap-tiap hari tanpa henti… doaku buatnya ya Illahi…. Hanya Kau yang mengerti dan mengetahui segala isi hati. Biarpun selalu tersakiti, dialah juga yang tetap di hati. Ya, memang sifat hati itu mudah dibolak-balik…. Namun, in sha allah bukan hati ini. Namun, dalam bercinta aku takut sekali yang namanya derita. Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut disakiti, jangan bermain cinta…. Tidak perlu kata apa-apa. Selamat malam shukachinta. 

No comments:

Post a Comment

common!