Langit cerah bewarna biru,
Cantik ciptaan-Nya di pandangan mata,
Sebagai pelajar, hormatilah guru,
Barulah guru juga menghormati kita.
Bunga orkid berbau wangi,
Bau wanginya sampai ke beranda,
Guru yang ada hendaklah disayangi,
Pasti guru lebih menyayangi anda.
Semalam, aku mengharungi masa dan
keadaan yang sangat sibuk dan tenat sekali. Usai menjaga kelas peperiksaan,
maka ada dalam 70 kertas ujian yang perlu aku semak. Bahagian karanganlah yang
paling lambat aku semak kelak kerana aku perlu membaca satu persatu dan mencari
kesalahan serta member markah yang sesuai. Dalam pukul 1230 tengah hari, aku ke
kuarters guru untuk melaksanakan solat Zohor kerana pada pukul 1320 petang aku
berjanji kepada Aroon yang comel untuk membawanya mengambil duit dek duit
poketnya yang telah habis. Dalam keadaan kelam kabut dek mengajar masa kerana
pada pukul 1430 petang pula ada CPD. Tiba di bank BSN, hanya RM10 sahaja duit
yang dapat diambil kerana duit baki RM500 yang terdapat dalam bank tidak boleh
dikeluarkan (Penabung Muda). Maka, aku pun berkata kepada Aroon bahawa aku akan
menelefon emaknya kelak supaya mengirim sahaja duit ke dalam akaun bankku. Selesai.
Aku sempat membawa mereka membungkus makanan di salah sebuah kedai makan
kegemaranku yang masakannya rasa masakan emak. Nasib baik duitku cukup untuk
membayar makanan mereka sekali iaitu hasil duit yang aku peroleh dengan menyewa
dulang pertunangan aku dahulu. Hehe. Rezeki. Aku malas mahu singgah di ATM
untuk mengambil duit dan aku takut terbelanja lebih memandangkan aku memang
menyimpan duit untuk digunakan apabila road tax ku tamat tempoh kelak. Hahahah.
Duit kutu, in sha Allah boleh digunakan untuk persiapan perkahwinan.
Tepat pada ukul 1420 kami sampai di
sekolah dan aku terus meluru masuk ke bilik kuliah menghadiri CPD. Seronok juga
CPD hari ini kerana aktiviti kumpulannya yang menyeronokkan. Hehehe..Sempena
Ulangtahun SainsKu yang ke-20. Usai sahaja CPD dalam pukul 1645 aku balik
semula ke kuarters untuk solat asar dan kemudian membantu kak Diana untuk
membawanya ke Perodua mengambil kereta VIVA oren yang dibelinya. Pasti dia
merasa seronok. Hehe. Nasib baik aku sudah membeli bungkus untuk berbuka puasa.
Aku balik dan mandi serta sempat menyemak beberapa kertas ujian. Usai sahaja
Maghrib dan membaca Yaasin aku bersiap-siap pula untuk melihat pelajar berlatih
bahas. Penat tak terkata dan aku asyik menguap pada malam itu. Pukul 10 lebih
malam, aku mengajak anak-anak balik dan setibanya aku di rumah aku terus baring
kerana merasa terlalu penat. Apa khabar agaknya bapakku yang kakinya berlobang
dek sakit gout. Ya Tuhan… Moga kaki bapakku membaik dan emak juga dalam keadaan
baik. Kadang-kadang bila bermasalah begini, Tuhan sahaja tempat terbaik untuk
aku mengadu dan memohon pertolongan. Kadang-kadang, aku meluahkan rasa tidak
senangku, emosiku kepada kawan yang aku percaya dan minta pendapat. Moga
segalanya baik-baik sahaja.
Hari ini, aku berucap di hadapan
semua pelajar tingkatan 2. Ada juga kata-kata pedas yang aku ucapkan untuk
menyedarkan mereka daripada lamunan. Al maklumlah mereka ni perlu selalu diberi
peringatan dan motivasi. Moga mereka bisa menjadi anak-anak yang lembut hatinya
dan sentiasa menyenangkan hati orang di sekeliling mereka. Aamin… petang ini
masih ada kelas. Risaunya aku mengajar tingkatan 3 kerana format ujian masih
kabur lagi. Hari Sabtu aku akan menggantikan ustaz Sahupi untuk menjadi warden
sementara selama setengah hari. Aku masih kepikiran, usai bahas, aku sibuk pula
dengan Drama Komsas BM, Petanque lagi..FROG pun entah ke mana. Kelab kompang
pun belum berjalan lancar. Moga aku bisa lakukan yang terbaik dan diberi
kekuatan.
Aku masih berharap dan berdoa agar
tunangku menjadi orang yang tidak hirau dan kisah dengan orang yang tidak
penting dan tidak perlu. Janganlah dia meng’aprove’ nyamuk-nyamuk liar di alam
maya. Sekiranya itu berlaku, aku tidak mampu berkata apa-apa. Berserah…
No comments:
Post a Comment
common!