Aku berbincang dengan cikgu Ja’afar hari ini tentang
pembelian rumah. Aku rasa aku sudah perlu melihat rumah yang sesuai dan
berpatutan harganya. Aku memang mengimpikan rumah sendiri dan yang pastinya bayaran
bulan harga rumah aku mestilah melebihi bayaran harga keretaku. Rumah didiami
dalam jangka masa yang panjang. Maka, aku mengimpikan rumah yang selesa.
Wahhh.. moga tercapai impianku itu. In sha
Allah, petang ini aku akan bersama Nicole dan anak-anak ke pantai. Esok ada
potluck. Aku bercadang untuk membuat kek, tapi nampaknya ada yang ingin membeli
kek juga. Jadi aku ingin membuat petis dan membeli buah sebagai rojak. Hehehe. Seronok
berkongsi makanan ni. Semalam aku membuat spagethi dan habis lengis spagethi ku
dimakan dek budak. Pujian mereka membuatkan bulu hidungku serasa gugur sahaja. Hahaha.
Dah boleh kawen cikgu, ada yang bertambah-tambah sehingga habis kesemuanya. Alhamdulillah.
Hari ini berpuasa dan mala mini seperti biasa bersama pasukan bahas. Petang ini
bermain di pantai dahulu menenangkan fikiran dan mengambil udara segar. In sha
Allah…
Sabtu dan ahad aku akan berada di
sekolah dek program sekolah yang masih berjalan. Waduhai. Hari sabtu juga anak
buahku Kyra akan menyambut hari lahirnya di Batu Kawa kelak. Apakah hadiah yang
ingin aku belikan untuknya.. hehe. Rabu hadapan aku akan terbang ke Perak. Moga
semuanya baik-baik sahaja meskipun pasukan bahas sering diperlekehkan dan
sering dikatakan tidak pernah menang. Aku harap pasukan yang aku bawa ini
bolehlah menang bagi 2 dan tiga sesi. Mudah-mudahan.. aminnn...
KATEGORI ORANG DALAM FACEBOOK:
cc : Imam Muda Hassan
1. Tulis yang baik baik saja dan suka ajak arah kebaikan..eg.ajak zikir
2. Kongsi ilmu - eg bagi resipi free
3. Suka bagi info - eg..masalah gangguan air, kerja kosong
4. Suka cerita hal famili
5. Berniaga online - kaki tag
6. Tukang perhati dan tekan like
7. Pakar kutuk orang
8. Suka tunjuk angin dan tsunami diri
9. Kaki tayang - untuk promosi atau apa apa tujuan lain
10. Kaki main games pastu invite org merata
11. Pakar motivasi
12. Pakar angkat diri (post gambar sendiri)
13. Pakar debat dan provokasi (keyboard warrior)
* Kita kategori mana agaknya?
cc : Imam Muda Hassan
1. Tulis yang baik baik saja dan suka ajak arah kebaikan..eg.ajak zikir
2. Kongsi ilmu - eg bagi resipi free
3. Suka bagi info - eg..masalah gangguan air, kerja kosong
4. Suka cerita hal famili
5. Berniaga online - kaki tag
6. Tukang perhati dan tekan like
7. Pakar kutuk orang
8. Suka tunjuk angin dan tsunami diri
9. Kaki tayang - untuk promosi atau apa apa tujuan lain
10. Kaki main games pastu invite org merata
11. Pakar motivasi
12. Pakar angkat diri (post gambar sendiri)
13. Pakar debat dan provokasi (keyboard warrior)
* Kita kategori mana agaknya?
BISAKAH...

No comments:
Post a Comment
common!