Semalam
dan malam-malam yang lalu sudah dilalui dengan penat sekali. Masa untuk diri
sendiri menyemak hasil kerja pelajar… sukar sekali dicari. Mesyuarat lagi hari
ini. Semalam bergotong-royong bersama pelajar. Setiap petang hari balik lewat
dan aku ambil masa sejam untuk tidur membuang lelah sebelum selepas solat Maghrib
perlu ke sekolah lagi bersama anak-anak berlatih bahas tiap-tiap malam dan
tidak sabar menunggu hari Jumaat untuk pulang dan menikmati masa bersama
keluarga. Sebelum pulang, aku dan Dant akan pergi ke LHDN untuk pendaftaran sementara menunggu keretaku di'service'. Aku juga akan mengambil Uzma dahulu sebelum pulang ke rumah. Oh, bapak
masih tidak berapa sihat. Emak juga menurut kata adik, sakit kaki. Moga
bapakmak baik-baik sahaja. Cepatlah masa berlalu. Semalam kak Awin masak sedap
dan aku cuma makan. Minggu hadapan keluar gaji aku akan simpan untuk duit poket
ke Perak dan Johor Bahru. Selain itu, aku akan belanja kak Awin dan Kak Diyana
yang sudi menumpangkan aku untuk tidur di kuarters mereka yakni bekas
kuartersku itu. Hahaha. Sekolah ini pula diarah untuk berjaga-jaga kerana wabak
JB menular dan merebak di kawasan yang berdekatan dengan sekolah. Risaunya. Semoga
keluarga, anak-anak didik, masyarakat dan diriku sendiri dijauhkan daripada
wabak itu.
Alhamdulillah,
kertas ujian telah siap dan kelak sibuk menyemak pula kelak. Pada hari Isnin
yang bakal mendatang ini, anak-anakku sudah mula menjawab soalan ujian. Moga mereka
tidak merasa pandai tapi sebenarnya bodoh. Kadang-kadang geram juga aku dibuat
mereka yang merasakan mereka pandai tetapi hasilnya kelak macam TAIK. Aku bakal
ke Perak dan kemudian akan ke Johor pada bulan yang sama. Rancangan yang sama
sekali tidak ada dalam fikiran. Semoga nawaituku tidak terpesong untuk terbang
ke sana. Belum dapat menggambarkan perasaanku yang bakal terbang dan terbang
lagi. Moga Allah memberi kemudahan dan memelihara kami.
Apabila
perasaan bergelora dek kerja yang meronta-ronta untuk disiapkan... tatkala
perasaan tidak tentu hala, rakan-rakan guru masih melihat aku persis gadis yang
ceria sentiasa. Mereka menegur aku dengan berkata ‘ceria saja’. Aku naik
hairan. Dalam kegelisahan pun mereka masih mentafsir aku ceria. Aneh dan pelik.
Namun, anggapan orang hanya mampu kudengar. Ketika sujud aku sering berdoa...
semestinya untuk makbapak yang tersayang dan nama dia dan dia dia juga sering
meniti di bibir dan terlintas di benak fikir untuk didoakan bersama. Moga sentiasa
dalam pelihara-Nya, aminn.. Hujung bulan Februari bakal tiba. Persiapan sudah
ku buat dan siap awal bulan dua lagi. Namun, rasanya aku tidak jadi menghantar
hasil kerja buruk itu untuk terbang kepada dia. Tunggulah masa yang sesuai
kelak. Allah, kau berikanlah yang terbaik untuk hamba-hamba-Mu. Kuatkan aku dan
berikanlah aku kesabaran yang kental dan tidak lut dek ujian-Mu. Soal kerja... Kini,
baru aku sedar, betapa nikmatnya punya sihat, rehat... dan sentiasa mencari dan
mencuri masa untuk beribadat. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment
common!