Thursday, January 9, 2014

Khamis yang indah.

Alhamdulillah. Syukur sesyukur-syukurnya ke hadrah Ilahi atas nikmat yang tidak henti-henti terhadap diri yang hina ini. Hujan turun mencurah-curah lebur membasahi bumi. Hari ini, aku pulang agak lewat lagi. Dekat maghrib, aku tiba di rumah. Sebelum itu, aku sempat menunaikan amanah yang diberi oleh kak Awin untuk memindahkan duit dalam banknya kepada kawannya sebanyak RM1200. Di sini, kita dapat lihat sama ada kawan kita mempercayai kita atau tidak. Alhamdulillah. Berkat berzikir tiap-tiap hari semasa pergi dan balik sekolah dengan mendengar dan turut sama mengalunkan zikir semasa memandu. Aku rapat dengan kenalan kerja meskipun tidak serapat Nicole. Alhamdulillah, setakat ini, tiada lagi yang memusuhi atau tidak senang dengan aku. Moga Allah pelihara hubungan kerja ini. Insha Allah, kerana Allah.

Aku juga sempat membeli tempe dan sayur kangkong untuk dimasak malam ini. Aku juga berhasrat untuk membuat kek coklat untuk hari lahir Timothy, anak muridku yang comel pada esok hari. hehehe. Alhamdulillah, tempe sudah siap digoreng dan ditumis dan aku makan bersama Aqil sambil menunggu kek coklat aku pula masak. Penatnya. Mak aku pun memarahi aku kerana dalam keadaan penat aku memasak 2 dalam 1. hehehe. Bukan selalu menjamu anak-anak makan. Lagi-lagi dengan air tangan sendiri. 

Hmmm.. Hari ini tetiba aku menyimpan hasrat untuk membeli telefon bimbit canggih dek sekolah menggunakan wassap bagi memberitahu kehadiran pelajar pada setiap hari. Rasa sayang pula akan duit. Haduhaiii... Tengoklah nanti macam mana. Aku pula perlu selalu memuat naik segala di laman Frog. Pertandingan yang melibatkan pelajar menyertai diri dalam laman frog pun belum aku urus sedangkan masa mendaftar akan tamat pada 12hb ini. Arghhh. Kerja itu berat kerana aku perlu mencuri masa untuk 'berendek' dengan frog. Aku sibuk dengan jadual kelas, mengajar, PBS, membersih dan menghias kelas dan banyak lagi hal yang penting. Ya Tuhan... Perlu melengkapkan data dalam sistem Emis lagi. Semalam APDM. Guru kelas oh guru kelas. Hari ini ada pelajar yang menulis nama aku dengan panggilan Puan Rabiaatul Adawiyah. Wah? Terima kasih atas doanya. Hahaha.

Aku akan membawa pasukan bahas HKSBP di Perak mungkin. Aku bukannya tahu bab bahas ni. Kalau bahas soal emosi, aku boleh. HAHAHA. Bercerita tentang mengajar hari ini, aku dapati pelajar lelaki aku di tingkatan 3 terlalu malu dengan aku. Haish. Pelajar perempuan pula sibuk mahu mengetahui hal peribadi aku. Hari ini selain melaksanakan PBS, aku meminta anak-anakku di tingkatan tiga menghayati dan memberi maksud lirik lagu 'Muhasabah Cinta'. Mereka nampaknya menghayati lagu tersebut, namun aku tidak tahu sama ada mereka mengambil iktibar daripada lagu tersebut. Tiada cinta yang abadi melainkan cinta Ilahi, kataku lagi kepada mereka.

Aku seronok mengajar pelajar menengah rendah yang ada niat dan semangat untuk belajar. Lagipun mereka semuanya comel dan nakal. Hari ini, pelajar tingkatan 2 iaitu Asmidar telah meminta duit yang ayahnya amanahkan kepadaku sebanyak RM10 dan Aroon juga mengambil RM25. Maka, baki duit Asmidar sebanyak RM40 manakala duit Aroon tinggal RM75. Rindunya dengan orang jauh. Haish. Hehehehe. Sabar dan doa itu penghubung terbaik.

Esok pula, Kak An meminta aku dan Nicole menemaninya untuk membeli telefon bimbit canggih baharu. Wah, aku ambil peluang untuk men'skodeng' sama. Hahaha. Baru pasang niat sahaja. Belinya belum tentu. Bapa dan emak sudah pandai bertanya sebab aku selalu balik lewat. Hahhaa. Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Empat hari berturut-turut semenjak hari Isnin dulu aku pulang dan tiba di rumah ketika masuk waktu Maghrib.

Hmm... Bulan 2 tak lama lagi. EH?? Macam tak sabar pula menunggu tarikh 5 Februari dan akhir bulan 2. Tengah ligat berfikir hal yang aneh untuk dibuat. ;) Aku perlu membuat lagu puisi untuk prosa moden tingkatan 2 dan 3. kemudian, lagu cinta jiwaku. HAHAHAHA. Namun, adakah masa aku untuk itu??? Harapnya ada. Baik, mahu menghias kek lah dulu :p Ya, aku memang suka menulis, membuat karangan tentang kisah hidup aku, rasa aku, emosi aku, pandangan aku dan segalanya tentang aku. Moga tulisanku ini bisa menjadi rujukan ketika aku perlu :D hahahaha. Pencetus Ummah malam ini! Jangan terlepas ;)

No comments:

Post a Comment

common!