Dulu, dengan penuh yakinnya dia membalas pendapatku....
ttg FB. segalanya ttg kesosialan di laman soSIAL. katanya, Kmk just approved fren request jak punnn... xda curang! yaaa.. memang kitak xda curang... mulut senang melontarkan hujah sendiri... tapi bg aku, perkara yang dia lakukan itulah hal yang dia ciptakan dan wujudkan sendiri ruang dan peluang untuk curang. Aku tidak menuduh dia curang, tetapi hal2 sebegitu sepatutnya dielak demi kebaikan. Mengapa perlu aprove bnda yg katanyaaaaa tidak penting? jadi??? apa guna? Apa motifnya sebenarnya. aku jadi keliru, apa sebenarnya dia mahu daripada aku. Baru2 ini pula, aku mendapat tahu... dia mencipta lagi ruang curang dengan membeli sesuatu yang hanya dijual dan boleh didapati daripada bekas kekasihnya.
Ya... aku memang trauma dgn yang namanya MANTAN KEKASIH kerna aku pernah SAKIT sebab itu... tapi dia apa tahu? hanya aku yang melalui dan merasa.. kekadang... pendapatku hanya menjadi TAIK OGEK sahaja padanya... begitukah mahu hidup bersama hingga akhir hayat. aku tidak tahu sampai bila aku bisa bertahan dan kami bisa mencapai kesepakatan dan saling faham. sukarkah mengelak daripada menyakitkan hati dan berfikir sebelum bertindak membuat sesuatu yang memberi kesan kepada hati orang lain. Mungkin, kau fikir, hati kau sahaja perlu dijaga. HATI AKU??? terima kasih atas kesakitan yang kesekian kalinya. terima kasih banyak2.
dan kali ini juga... sungguh... aku berkecil hati. Maka itu, aku lari daripada terus terhegeh2 mengikutimu di instagram mahupun di mana2. Rasa sampah dan tidak layak berdamping dengan insan yang hebat.
Kau takkan pernah mengerti, takkan pernah fahami siapa aku....







No comments:
Post a Comment
common!