11/11/2013
Pada minggu ini, sangat mudah sekali
air mataku tumpah sederas hujan. Banyak sekali hal yang berlegar di ruang
benakku. Kusut serabut segalanya. Dengan kerja sekolah yang tidak pernah habis
dan semakin bertambah, membuat aku rasa bersalah untuk hidup. Masa yang
sepatutnya aku luangkan untuk keluarga turut terganggu akibat terlalu berfikir
tentang kerja dan masa untuk menyiapkan kerja dari sekolah yang di bawa ke
rumah. Itu belum tentu dapat disiapkan di rumah. Sedih juga mengenangkan
apabila tidak ada orang yang aku fikir bisa aku ceritakan segala yang
membelenggu fikiranku. Tertekan sungguh rasanya minggu ini. Ya Allah...
Allahuuuu... berikanlah hamba kekuatan. Aku pun punya teman lelaki, adik lelaki... macam ahoi... tapi hubungan aku dengannya tidaklah memerlukan kami perlu bjumpa setiap kali kami dekat. Aku juga amat menghormati kekasihnya dan menjaga tingkah sebagai kakak kepada ahoi. sekurang-kurangnya, kekasih ahoi tidak merasa aku terlalu rapat dengan org yg dia cinta dan percaya. Namun, lain orang, lain pula caranya. Terpulanglah... Aku ambil keputusan untuk tidak kisah.
Bapak ke hospital lagi hari ini untuk
pemeriksaan jantung. Seperti kelaziman, adik aku yang bongsulah
bertanggungjawab dan satu-satunya anak harapan yang sering membawa kedua-dua
insane kesayangan kami ke mana mereka pergi. Sedih juga aku mendengar
perkhabaran daripada doktor yang mengatakan bapak perlu membuat pemeriksaan
jantung sekali lagi pada bulan 12 nanti kerana jantung bapak dikhuatiri
tersumbat lagi seperti tahun-tahun yang telah berlalu. Aku trauma dengan segala
ujian yang aku nampak dengan mata kepala ku sendiri. Pernah bapak ditempatkan
di bahagian wad ICU di bawah pengawasan doktor dan bapak juga diramal akan
pergi oleh seorang doktor kerana pada saat itu kondisi tekanan darah bapak
sangat rendah dan keadaannya sangat tidak stabil. Aku masih ingat saat itu
kesemua adik beradikku bercucuran air mata dan berdoa agar Allah masih memanjangkan
usia bapak. Alhamdulillah, bapak masih diberi kesempatan hingga saat ini. Kita
tidak tahu, mungkin aku yang kelihatan sihat ini tiba-tiba pergi dahulu. Mati
tidak mengenal usia, di mana dan bagaimana. Ya Allah, sejahat-jahat aku, Kau
ampunilah segala dosaku terhadap keluargaku dan orang-orang yang pernah melalui
hidup bersamaku serta insan-insan sekelilingku. Aku sedar ya Allah, aku
bukanlah hamba-Mu yang baik. Cintaku kepada-Mu juga tidak utuh. Ampunilah aku
ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku, insan-insan kesayanganku, muslimin
muslimat, mukminin mukminat. Terimalah kami di sisi-Mu. Aaminnnnn….
Saat ini juga aku bermasalah dengan
cinta manusia... sedarkanlah aku jika aku salah. Sucikanlah hatiku jika hati
ini dipenuhi titik-titik noda... bersihkanlah jiwaku ya Robb. Ampuni aku dan
ampuni mereka. Aamin...
Ya Allah...
Dekatkanlah aku dengan cinta-Mu
Dakaplah aku erat dengan cinta-Mu
Hidupkanlah aku dalam cinta-Mu
Warnakanlah sisa hariku dengan cinta-Mu
Buatkanlah aku mencinta-Mu setulus
cinta-Mu padaku
No comments:
Post a Comment
common!