Selamat hari lahir buatmu kekasih
Kekasih,
Sebelum ku mengenalimu dulu
Tidak terlintas pun di anganku mahupun dalam sedarku
Kau akan menjadi kekasihku
Waktu pertama dan kedua kali ku memandangmu
Kau malah ku benci tanpa sebab munasabah
Entah kenapa buat kali ketiga pandanganku kepadamu
Hati ku mula berubah
Benci menjadi suka
Lama-lama suka itu menjadi cinta
Ya kini,
Ku rasakan bagai mimpi
Aku tahu,
Aku bukan siapa-siapa
Tiada apa-apa yang istimewa dengan kebagusan yang menyeluruh
Cuma,
Aku hanya mampu menjadi kekasih yang setia
Kekasih yang sedaya upaya menjadi pendengar yang baik
Kekasih yang senantiasa berdoa untuk kekasihnya
InsyaAllah
Sekiranya memang kau lah kekasih yang ditakdirkan untukku
Akan ku terima seadanya dirimu
Dan terimalah diriku apa adanya
Harapanku,
Moga hubungan yang terjalin kini
Bertembokkan batas agama dan berbentengkan keimanan
Agar cinta yang disulami dapat dikekalkan kesuciannya
Moga di hari lahirmu ini
Memberi 1001 kebahagiaan dan rasa warna-warni dalam kehidupan
Selama 22 tahun bernafas…
Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia dan berjaya dunia
akhirat
Kita akan bersama,
Andainya Allah menentukan kita akan bersama kini hingga kelak…
Salam sayang dariku, kekasihmu…
-Sukacinta-
Rabiaatul Adawiyah Binti Morni

No comments:
Post a Comment
common!