Di saat aku perlu pengertian dari seseorang yang aku sayang... di saat itu jua muncul insan-insan yang mahu mengambil berat.. kekadang, aku rasa bersalah dan berdosa...jika aku melayan, aku takut aku memberi harapan.. yang seorang seolah-olah sentiasa bertanyakan status terbaruku... adakah itu perlu? namun, kita sudah merelakan hubungan persahabatan SAHAJA antara kita bukan? perlukah lagi kau bertanya, apa yg bakal aku lakukan jika kita mampu mengulangi masa? aku redha dengan segala apa yang sudah tersurat. Kita masih lagi mampu berkawan dan aku tidak merasa janggal dengan persahabatan kita sepertimana kau inginkan kerjasama yang bakal berlaku antara kita. aku tiada masalah kerna aku punya rasa cinta yang telah ada kini. mungkin aku tidak perlu mencintai terlalu tinggi, aku takut terlalu sakitnya rasa tersakiti. apaapapun, aku hargai perlakuan kalian itu. terima kasih. InsyaAllah, sepertimana cinta SATU ku untuk-Nya, seperti itu juga jika aku mencintai selain-NYA. Cuma, aku takut... aku tidak kuat untuk bertahan. Aku hanya sentiasa berdoa moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan memberi apa yang terbaik dalam hidupku.
Niat di hati ingin terus menyemak kertas ujian anak didikku..tapi terbantut segala semangat dek rasa sedih yang terbuku di kalbu sendu. Semakin menggocak jua rasa sakit kepala yang melanda... ALLAH, KUATKAN AKU... semadikan aku dengan tenang bersama CINTAMU YA ROBB :")
ubati jiwa dengan zikir
bukan lagu seperti di atas :)
No comments:
Post a Comment
common!