Hadirnya dirimu
Menyemarakkan lagi hatiku
Hati yang selalu menerawang
Melayang-layang mencari ilham
Sungguhpun dulu ku pernah terluka
Dek cinta
Cintaku masih ada
Bagi sapa yang bisa meruntuhkan hatiku yang fana
Ku yang seringkali memerhatimu dari jauh
Acapkali sinar matamu jatuh ke jiwaku
Jiwa yang sedang bergelora
Ku jatuh?
Rebah di hatimu
Kau jatuh?
Ku tak tahu
Biarku simpan saja
Rasaku ini
Biarku sendirian yang merasa
Ku senyum
Ku suka
Biarlah saja
Julai 2008
Sendiri… sepi… sunyi…
Di mana mak ?
Di mana bapa ?
Di mana abang ?
Di mana kakak ?
Di mana adik ?
Di mana anak saudaraku ?
Di mana semua ?
Di mana semua keluargaku ?
Di mana tawaku ?
Di mana senyumku ?
Di mana tangisku ?
Di mana semua itu ?
Di mana aku ?
Jauh………………….
Rindu…….
Nantilah kepulanganku
Keluargaku……….
Kesayanganku……….
Nombor satu…………
24 Julai 2008
12:50 am
Rindu
Rindu itu indah
Rindu juga perit
Memenatkan
Rindunya aku
Rindu yang penuh
Rindu yang sarat
Rindu yang berat
Rindu pada segalanya
Rindu akan tempat lama
Amat rindu
Rindu mak
Rindu bapak
Rindu tempat tidurku
Rindu pada gitarku
Rindu pada segalanya
Rindu yang jauh
Rindu
Rindu
Rindu
Sep
Entah
Berapa bulan
Berapa hari
Berapa jam
Berapa saat
Ku masih merasa begini
Bagaimana harus ku tangani
Perasaan ini
Hati yang sunyi sepi
Jiwa kosong
Terhoyong-hoyong meredah halangan suka duka
Di mana letaknya bahagia seceria dulu
Bapa
Sayup-sayup kedengaran
Ku rasakan kelainan
Bukan bapa kah itu
Laungan yang acap kali ku dengar
Daripada setiap pelusuk penjuru telinga
Semakin jauh tak kedengaran
Di mana suara bapa
Tak lagi ku dengar
Mana perginya
Ku tercari-cari
Menanti penuh sabar berharap
Ternyata sekarang ku jauh
Suara itu bukan lagi suara bapaku
Memang bukan bapa
Ku sematkan laungan bapa yang penuh syahdu
Ke dalam lubuk jiwaku
Kerna ku rindu akan laungan itu
Laungan yang sering menjelma
Tatakala waktunya tiba
Ku rindu bapa
Rindu yang berat
Rindu yang tiada sudahnya
Begini rupanya rindu
isra' mikraj
Indah
Sungguh indah
Malam penuh bersejarah
Langit dihiasi indah
Bulan bintang bernyanyi dan menari-nari
Ku terpandang
Ku renung lama
Terukir senyuman puas
Mata terpana
Dek ciptaanNya yang Maha Kuasa
Hadirnya penyeri
Bulan dan bintang mengindahkan gelap
Yang selama ini suram
Inilah yang ku nanti-nantikan
Malam yang berseri
Malam isra’ mikraj
Penuh beerti
Rindu
Rindu itu indah
Rindu juga perit
Meletihkan... memenatkan!
Rindu
Rindunya aku
Rindu yang penuh
Rindu yang sarat
Rindu yang berat
Rindu pada segalanya
Rindu akan tempat lama
Amat rindu
Rindu emak
Rindu bapak
Rindu tempat tidurku
Rindu pada gitarku
Rindu yang jauh
Rindu
Rinduku berat
Telah lama rasanya
Ku menyelami hidup sendirian, kesepian
Ku ingin pulang
Menatap wajah ceria kesayangan
Jiwa meronta-ronta, membentak-bentak
Kerna rinduku yang berat
Rindu yang sarat
Pada yang tersayang
Nun jauh di sana
AKU
AKU
AKU
AKU
BUKAN INSAN YANG KUAT
BUKAN MANUSIA YANG TABAH
BUKAN MAKHLUK YANG GAH
AKU HANYA MAMPU MENANGIS
BILA RINDU MENERJAH
AKU SENGSARA KERNA RINDU
AKU GELISAH KERNA RINDU
AKU RUNSING KERNA RINDU
AKU MENGGELABAH KERNA RINDU
AKU SUNYI KERNA RINDU
SEPI
MARAH
RINDU
SUARA DI CORONG ITU
HANYA UBAT SEMENTARA
SUARA YANG MEMBUAT TITIS AIR MATA SIKSA
CUBA DITAHAN DARIPADA TERKELUAR
SUARA YANG MEMBUAT KU PURA-PURA GEMBIRA
SUARA ITU JUGA MEMBUAT JIWA KU SERBA TAK KENA
SUARA ITU...
SUARA YANG KU RINDU
RINDU
RINDU
RINDU
TAK PERNAH RINDU SEBEGITU HEBAT BEGINI TERJADI
INILAH RINDU YANG SEKSA SEKALI
APA KU MAMPU?
MENANGIS AKU
No comments:
Post a Comment
common!